Si Khalid Gereja ni nampak gayanya dah kelam kabut dibuat dek UMNO sejak PAU2011 yang lalu. Kata dia, UMNO sekarang semakin keras.
Dia buat dakwaan dengan menuduh UMNO sebagai sebuah parti ekstremis Melayu yang melampau sehingga menidakkan bangsa lain.
Kononnya, kata dia, ucapan penggulungan Presiden UMNO dalam PAU2011 yang lalu jelas dilihat sebagai satu 'stunt politik' dan bercanggah dengan konsep 1Malaysia.
Ni yang Semut pelik ni. Yang disibuk sangat pasal konsep 1Malaysia ni menda kejadahnya pulak? Bukan ke dia dan juga puak - puak Pakatan Pembangkang tu tolak gagasan tersebut?
Jadi, yang dia sibuk - sibuk kata ucapan DS Najib bercanggah dengan konsep 1Malaysia ni apa pasal? Dia nak sokong gagasan 1Malaysia pulak ke?
Tak cukup dengan itu, Si Khalid Gereja ni juga turut menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang itulah yang merupakan kepimpinan Melayu yang benar.
Kalau benar, kenapa mereka menolak cadangan yang diutarakan oleh Ketua AMK, Si Sam Ketot agar dipinda Perlembagaan bagi menjamin Melayu kekal sebagai Perdana Menteri?
Kononnya, kata dia, selama ini UMNO hanya mempergunakan Melayu demi kepentingan Politik mereka semata - mata.
Adakah PAS tidak pernah mempergunakan Melayu untuk kepentingan mereka? Kenapa baru sekarang PAS nak berbicara soal Melayu?
Kenapa tidak dari dulu lagi? Semut masih ingat. PAS pernah menolak untuk memperjuangkan Melayu kerana bagi mereka Melayu ini hanya satu bangsa.
Mereka tidak pernah sekali pun mempertahankan hak Melayu kerana bagi mereka tak semua Melayu itu Islam. Atas dasar itu PAS menidakkan orang Melayu di Malaysia ini.
Malah, Mursyidul Am PAS sendiri pun malu nak mengakui bahawa dia berbangsa Melayu sebelum ini. Lagi PAS nak kata diorang memperjuangkan Melayu?
Nampak sangat Si Khalid Gereja ni mula bersikap tak tentu arah dan sengaja menempah maut dengan mempersoalkan tentang perjuangan Melayu yang ditunjangi oleh UMNO.
Dia juga turut mendakwa bahawa PERKIDA hanya merupakan sebuah badan NGO yang 'Ultra Melayu' dan berhaluan kanan yang dominan di Negara ini.
Persoalannya sekarang, apa yang PAS dah buat untuk orang Melayu selama mereka ditubuhkan dulu? Yang lebih penting, apa yang dia sendiri dah buat untuk orang Melayu?
Kalau setakat bercakap je tak guna Khalid oi!!! Orang nak tengok bukti. Kalau setakat cakap je, buat apa. Mengabihkan air liur je. Takkan itu je yang mampu dia buat kot!!!
Ps: Sapa tak faham apa yang dimaksudkan dengan 'Melayu', sila cari buku Perlembagaan. Dapatkan definasi 'Melayu' tu dulu sebelum nak bercerita pasal 'Melayu' ni.
Ps: Sapa tak faham apa yang dimaksudkan dengan 'Melayu', sila cari buku Perlembagaan. Dapatkan definasi 'Melayu' tu dulu sebelum nak bercerita pasal 'Melayu' ni.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.