Ahad, April 22, 2012

Perhimpunan pelajar di Dataran Merdeka disebabkan mahu mansuhkan pinjaman PTPTN, mereka telah bermastautin di Dataran Merdeka selama beberapa hari.


Tidak disangka boleh berlaku kejadian rusuhan yang tidak diingini, tiba-tiba pihak polis menjadi mangsa yang dikecam, sekali lagi kerajaan BN dituduh menjadi penjahat, secara menyeluruh semua pihak “mengecam” tindakan itu. 


Lakonan seperti ini diharap semua orang dapat memahaminya dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Kembali kepada isu perhimpunan, apa yang boleh disebut di sini dengan jelas ialah “camping”, dan beberapa orang ahli parlimen pembangkang termasuk Anwar Ibrahim menghadirkan diri di tempat kejadian, ada yang belikan khemah serahkan kepada pelajar-pelajar, saya tidak tahu apa tujuan dan maksud mereka.

Ini bukan bermaksud kebebasan dalam masyarakat, ini dinamakan mereka telah menduduki kawasan awam, memburukkan suasana dan peraturan di situ. 



Suara seperti ini seperti keluar dari mulut pihak polis, tetapi pada hakikatnya bukankah memang benar begitu? 


Sekarang satu dunia sudah tahu apa yang mereka mahukan, saya tidak faham apa maksud dan tujuan mereka menduduki tempat itu. 


Hari ini semua orang tahu maksud perhimpunan dan kebebasan bersuara, jika keadaan itu sudah wajar sepatutnya hentikan di situ sahaja, apabila maklumat telah disebarkan, apa yang masih mereka mahukan lagi? 


Persoalan ini, saya harap pemimpin Pakatan Rakyat dapat menjawabnya.

Tiru Cara Yang Sama Tanpa Pembaharuan

Kita jangan lupa, apa yang mereka maksudkan kebebasan “menduduki kawasan” itu jika diizinkan, bukankah alasan yang dibuat itu sama sahaja seperti alasan yang lama yang langsung tiada sebarang pembaharuan?

Contohnya saya boleh panggil beberapa orang, dengan pergunakan isu “pemimpin Pakatan Rakyat perbodoh-bodohkan rakyat”, berhimpun dan berkemah di Dataran Merdeka, laksanakan apa yang disebut hak kebebasan “perhimpunan kebebasan bersuara”, mahu Pakatan Rakyat dan sekutunya sokong permintaan saya, jika tidak saya akan berterusan berkemah di situ, ataupun orang lain teruskan kempen itu secara bersilih ganti.

Sudah tentu kita berharap jika diizinkan Fong Kui Lun (AP Bukit Bintang) beri kita 10 buah khemah, dan Anwar Ibrahim boleh datang beri kita semangat dan galakkan, bagi menunjukkan beliau dan rakan-rakan seperjuangan beliau menyokong perhimpunan menuntut hak kebebasan bersuara yang lakukan itu.

Tetapi kita memang sudah sangat faham: bagaimana kita boleh terus mendirikan khemah untuk hentikan cara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mahu perbodoh-bodohkan rakyat itu, bagaimana pula kita mesti mahu mengharapkan Pakatan Rakyat beri khemah dikatakan memberi sokongan dan galakkan kepada kita?

Di dalam jiwa saya saya lebih memahaminya, jika saya gunakan taktik yang sama untuk sergah pemimpin Pakatan Rakyat, walaupun perhimpunan itu bukan sebagai perhimpunan utama untuk hak kebebasan bersuara, adakah perbuatan kita itu akan dituduh dan dikecam, dianggap sebagai melawan arus demokrasi, dituduh menjadi tali barut BN.



Ps: Terjemahan seterusnya, sila klik disini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping