Isnin, Mei 21, 2012

Pemimpin PKR Memakai Baju Simbolik Menyokong LGBT???
Sidang Dewan Undangan Negeri lewat petang tadi menjadi hangat apabila YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengankutan sedang menggulung.

ADUN Triang yang mewakili DAPigs beberapa kali cuba menganggu sesi penggulungan tersebut yang kemudiannya tersentak apabila berbicara soal dasar dan perlaksanaan.

YB Pengerusi secara sinis menyindir ADUN Triang dengan soalan sama ada dia menyokong atau tidak dasar LGBT yang sedang hangat diperbahaskan ketika ini.

ADUN Triang menjelaskan, isu itu bergantung kepada keadaan. Kalau diikutkan pada waktu sekarang, mungkin ianya tidak sesuai. Tapi, dimasa akan datang, kita belum tahu, katanya.

Bermakna, dalam erti kata lainnya, jika Pakatan Pembangkang tu memerintah kelak, dasar LGBT ini akan dijadikan salah satu agenda dan boleh dilaksanakan dimasa akan datang.

Dia juga turut memetik tindakan yang dilakukan oleh Barack Obama, Presiden Amerika yang menyokongan golongan tersebut secara terbuka baru - baru ini.

Selain itu, ADUN Triang juga turut menegaskan bahawa LGBT ini adalah hak individu tersebut dan tidak wajar dipertikaikan.

YAB Menteri Besar Pahang kemudian bangun dan mencelah ketika ADUN Triang menyebut tentang perkara tersebut dengan menyatakan bahawa ianya tidak sama.

Apa yang berlaku di Malaysia jauh berbeza dengan keadaan di Amerika. Malaysia jelas mempunyai budaya dan adat ketimuran yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Semuanya berbalik kepada soal agama. Agama mana yang membenarkan hubungan sejenis diamalkan secara terang - terangan kalau bukan agama Yahudi?

Jika mereka, golongan LGBT mahu rakyat menghormati hak mereka, maka mereka juga harus menghormati undang - undang serta Perlembagaan Negara yang sedia ada.

Apa yang Pembangkang sering bangkitkan ialah mengenai Hak mereka untuk bersuara. Padahal dalam masa yang sama mereka sering membelakangkan Hak orang lain.

Jelas, tindakan pihak Pembangkang ni hanya akan menyokong apa sahaja perkara yang akan menguntungkan Politik mereka tanpa mengambil kira faktor lain.

Isu mengenai LGBT ini hanya satu isu yang hanya dibangkitkan oleh pemimpin yang tak de modal dan tidak tahu menjaga Kebajikan rakyat!!! Itu je sebenarnya. Lagi pun, diorang bukannya tau buat kerja lain!!!! Asyik menipu tu je la kerjanya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping