KUANTAN - Sambutan Hari Belia Negara kini kian rancak dijalankan diseluruh Negara menjelang acara utamanya yang bakal berlansung minggu hadapan di Putrajaya.
Maka, Negeri Pahang juga tidak ketinggalan menganjurkan sambutan tersebut baru - baru ini bagi peringkat Negeri yang dinamakan sebagai YoFest 2012.
Sambutan tersebut telah diadakan di Taman Bandar Kuantan selama 3 hari yang bermula dari hari Khamis hingga Sabtu.
Pelbagai acara dan program khusus untuk belia telah diatur dan dijalankan sepanjang program tersebut berlansung.
YAB Menteri Besar berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan |
YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob turut bersama - sama memeriahkan lagi sambutan pada hari perasmian.
Beliau telah dibawa melawat sekitar kawasan program dan menyaksikan sendiri acara - acara serta booth yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Permainan 'Skywalker' menarik perhatian YAB Menteri Besar dalam Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang 2012 |
Bagi tahun ini, sambutan Hari Belia telah dilaksanakan secara keseluruhannya oleh Majlis Belia Negeri Pahang yang dipimpin oleh YB Norol Azali Bin Sulaiman.
Diantara program dan acara yang disediakan ialah seperti Aksi Drift 'N' Drag, Pertandingan Karaoke, persembahan pentas, demonstrasi penyelamat, pertunjukan sukan ekstrem serta berbagai acara lagi.
YAB Menteri Besar Pahang memerhatikan anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan demonstrasi menyelamat mangsa kapal karam |
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.