Inilah salah satu sebab kukuh mengapa puak - puak Mahasewel tu meroyan tak tentu arah. Diorang sebenarnya tak mampu nak capai tahap macam ni.
Disebabkan diorang sendiri PEMALAS dan suka buat kecoh, maka diorang mula jadi orang gila. Semuanya sebab diorang ikut sangat cakap orang GILA.
Sedang diorang sibuk berdemo dan cari gaduh dijalanan, rakan - rakan diorang yang lain rilek je dapat belajar secara percuma walaupun buat pinjaman PTPTN.
Yang diorang pulak dok mengarut tetengah bandar macam beruk kena belacan. Macam orang hilang arah. Nak dibandingkan dengan orang yang betul - betul gila pun, tak sama.
Sebab puak - puak Mahasewel ni bukannya ada otak pun. Semuanya BEBAL belaka. Itu yang suka sangat terpekik - pekik, melalak - lalak tak tentu pasal!!! Macam sial!!! Diorang ni kalau duduk kat dalam zoo pun lagi baik la!!! Duduk kat luar ni pun menyusahkan orang!!!
BANDAR TUN RAZAK - Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.
Ismail berkata untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.
Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.
Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta.
Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.
Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. -- Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.