Wah!!! Tak habis - habis lagi Datuk Raja Nong Chik ni nak memalukan Si Nurul Izzah tu dikhalayak ramai. Sampai hari ini, kemaluan Nurul Izzah sudah cukup terdedah.
Jika sebelum ini, SI Nurul Izzah ni beria - ia mempertikaikan bantuan Kerajaan melalui pinjaman KWSP untuk rakyat memiliki rumah mereka sendiri.
Jelas, Si Nurul Izzah tu memang tak faham lansung dengan apa yang cuba ditawarkan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat. Dia lagi suka tengok mereka merempat.
Jadi, atas sebab itulah, pihak Kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat memiliki harta mereka sendiri dengan membina rumah seumpama ini. Yang Si Nurul Izzah tu pulak, apa yang dia buat? Meroyan je la tak tentu arah. itu je yang dia pandai pun!!!
KUALA LUMPUR - Kerajaan telah bersetuju mewujudkan satu dana khas bagi membantu golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta mempunyai tunggakan yang tinggi.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata dana ini diwujudkan sebagai bukti keprihatinan serta keikhlasan kerajaan demi kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan di negara ini.
"Dana ini akan menggunakan 10 peratus daripada hasil jualan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA-DBKL) dan PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.
"Sehingga 30 April lepas, hasil jualan daripada 5,580 unit rumah bernilai kira-kira RM173 juta (10 peratus) boleh digunakan untuk dana ini," katanya ketika merasmikan Klinik 1Malaysia dan Program Kehidupan Murni 2012 di Desa Tun Razak di sini hari ini.
Sehubungan itu, Raja Nong Chik menyeru penghuni yang layak supaya mendaftar dengan e-kasih bagi memastikan dana ini sampai kepada mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan serta layak menerimanya."DBKL sedang melakukan semakan bagi menentukan penghuni yang layak menerima dana khas ini dan saya difahamkan DBKL juga membuka kaunter pendaftaran e-kasih sepanjang program ini berlangsung.
"Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendaftar, mereka bolehlah mendapatkan borang pendaftaran e-kasih di mana-mana pejabat kecil PA-DBKL di 11 kawasan Parlimen Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Raja Nong Chik, antara kriteria yang melayakkan penghuni PPR menerima dana ini adalah isi rumah yang tiada pendapatan tetap atau mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,500 dan mempunyai tanggungan, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang tiada pendapatan serta penyewa yang menerima bantuan sara diri tetapi tidak menerima bantuan sewa rumah.
"Berdasarkan semakan, terdapat sejumlah 3,346 penyewa PPR dan PA-DBKL mempunyai tunggakan sewa berjumlah kira-kira RM3 juta," katanya.
Sementara itu, Raja Nong Chik berkata langkah proaktif seperti melaksanakan audit kerosakan telah dilaksanakan bagi memastikan aspek penyelenggaraan PPR dan PA-DBKL tidak terkecuali.
Menurutnya audit kerosakan perlu dilaksanakan untuk semua kawasan perumahan PPR dan PA-DBKL meliputi kerosakan di luar unit atau di dalam rumah masing-masing tanpa perlu menunggu aduan daripada penghuni atau persatuan penduduk.
"Saya dimaklumkan audit tersebut berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL secara serentak pada Mac lepas melibatkan 76 kawasan PPR dan PA-BDKL," katanya.
Macam ni lah caranya nak dekati rakyat Nurul. Jangan sekadar jadi tukang sebar fitnah!!
BalasPadamKRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/