Isnin, Mei 21, 2012


Semut mulanya keberatan untuk mengulas mengenai isu ini. Tetapi memandangkan ianya sudah banyak kali diulang, maka perlu juga ianya didedahkan kepada umum.

Persoalan utama ahli PAS ketika ini ialah mengenai pendirian Presiden Parti Angguk Saja ni. Dia ni nampak gayanya semakin goyah dalam menentukan prinsip perjuangannya.

Sebelum ini, dia pernah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang tidak kira bagi kerusi apa sekali pun.

Hasrat itu kemudiannya ditentang oleh sesetengah pemimpin PAS dan juga dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri.

Namun, atas rayuan dan desakan dari mereka, Haji Hadi menukar pendiriannya dan bersetuju untuk bertanding bagi kerusi Parlimen sahaja. Tidak untuk kerusi DUN.

Menurut sumber yang Semut dengar dari kalangan ahli PAS, pertukaran hasrat Haji Hadi itu bukan disebabkan pujuk rayu Si Ketua Penipu tu.

Sebaliknya, ianya berpunca dari desakan penyokong tegar Si Wali Terompah yang masih tetap mahu bertanding dalam PRU akan datang untuk kekal menjadi Menteri Besar.

Kalau Haji Hadi tak bertanding, ia secara tak lansung akan memberikan tamparan hebat buat Si Wali Terompah tu sebenarnya. 

Bayangkan. Presiden sanggup berundur. Inikan pulak Mursyidul Am yang dah lama duduk atas kerusi empuk selama 20 tahun tu masih tak sedar diri.

Sekarang, Si Haji Hadi kembali menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang buat sekian kalinya.

Kata dia, dia akan mencari calon yang sesuai untuk menggantikan kedudukan dia sebelum dia berundur dan kekal dengan keputusan untuk tidak bertanding.

Ada juga pihak yang mula mengaitkan hasrat Haji Hadi ini bila dia mendapat tentangan dari kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang berkaitan beberapa dasar perjuangan PAS.

Jelas, hubungan yang KONONnya dia sendiri anggap sebagai ANJAL itu tidak mampu bertahan lama kerana tidak wujud persefahaman sesama mereka.

Haji Hadi juga katanya turut merasa kesal kerana memecat anak buah kesayangannya sendiri, Dr. Hassan Ali demi menjaga maruah parti.

Kesalnya bukan sebab dia yang buat keputusan tersebut. Kesal Haji Hadi sebab Si Ketua Penipu tu sedikit pun tidak membantunya dalam menyokong usul Hukum Hudud.

Dia sanggup pecat Hassan Ali demi Si Ketua Penipu. Tapi sebaliknya, Si Ketua Penipu tu pulak lebih menyebelahi DAPigs dalam beberapa isu berkaitan dengan Islam.

Malah, tambah memburukkan keadaan, pemecatan Dr. Hassan Ali juga turut membawa perpecahan yang teruk dikalangan ahli PAS sendiri. 

Perkara ini juga telah memeningkan kepala Haji Hadi. Tapi, dia tak boleh nak salahkan orang lain. Sebaliknya, semua ini salah dia juga. Siapa suruh dia nak sangat PAS bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang tu!!! Sekarang baru la nak sedar diri!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. pas dalam komponen PR.dia tetap kena dengar arahan komponennya[PKR dan DAP].

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping