Kalau sebelum ini, Si Nurul Izzah tu pernah dikantoi kerana pegawai dari pejabat dia menyamar sebagai pegawai SPR. Kali ini, giliran Si Biawak ni pulak.
Siapa yang tidak kenal Ng Wei Aik yang digelar 'tong gas'. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar.
Sebelum ini Ng Wei Aik terkenal kerana bersikap kurang ajar dan berlagak gangster di sebuah Kedai Nasi Kandar di Pulau Pinang,Video : Ng Wei Aik DAP kantoi.
Dia juga didakwa pernah mengeluarkan kata-kata kesat yang berbau perkauman melampau kepada tuan punya kedai tersebut KLIK SINI
Rupa-rupanya, ada lagi cerita kesamsengan Ng Wei Aik DAP ni! Yang terbaru ialah pegawai Lim Guan Eng DAP itu telah menyamar sebagai pegawai KDN pula!
Sila baca di bawah :
Seolah-olah tidak serik, wakil rakyat DAP, Ng Wei Aik sekali lagi menunjukkan sikap ala samseng terhadap warga asing.
Kali ini berlaku di sebuah dusun di kaki Bukit Bendera, Air Itam di sini pada Jumaat lalu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu didakwa menyalahgunakan kuasa terhadap pekerja asing.
Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan mengikut operasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke kawasan berkenaan bagi meninjau laluan haram yang dibuat oleh pemilik dusun itu.
Bagaimanapun, Wei Aik telah menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menahan dua pekerja asing di situ, menyemak pasport serta permit kerja mereka.
Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, kejadian tersebut disiarkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 12 Mei lalu.- UM
Belum pun berjaya tawan Putrajaya, dia dah mula nak salah guna kuasa. Adakah ini perangai puak - puak Pakatan Pembangkang tu sebenarnya?
Bayangkan la kalau diorang dapat pegang kuasa nanti. Entah apa pulak penyamaran yang akan dilakukan dek diorang ni. Jadi, lebih baik kita cegah sebelum parah. Jangan menyesal dikemudian hari sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.