Khamis, Julai 12, 2012


Hehehe... Korang cuba baca artikel kat bawah ni sampai habis. Konklusinya nanti, sure korang akan setuju dengan apa yang Semut cakap kat atas. Selamat membaca. Hehehe...
ULASAN Kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu golongan Anwarinas menguasai parti itu kini nyata tersasar.

Mungkin, jika memang ada pun penyokong tegar Anwar dalam barisan pimpinan PAS, bilangan mereka tidak ramai. Atau, mereka kurang berpengaruh.

Sebab itu, agaknya, sehingga hari ini kenyataan paling penting yang dibuat Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang, tidak disahut oleh PAS.

Anwar menegaskan jika Pakatan Rakyat pimpinannya gagal dalam PRU-13, beliau akan bersara dari politik. Setakat ini tiada kenyataan simpati dan ucapan setiakawan “akan berenang atau tenggelam bersama Anwar” daripada PAS, jika Pakatan Rakyat gagal.

Namun tidak pula demikian dengan DAP. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tidak teragak-agak mengisytiharkan dalam debat beliau dengan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek minggu lalu bahawa jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Anwar akan diangkat menjadi Perdana Menteri.

PAS – tidak kira ada ramai Anwarinas atau tidak dalam pimpinannya – masih belum menyatakan kesediaan menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Bayangkanlah apatah sikap PAS sekiranya Pakatan Rakyat gagal dalam cita-cita menggantikan Barisan Nasional.

Seolah-olah masih ada dalam PAS menganggap bahawa Anwar tidak, atau belum layak diisytiharkan sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat – di masa kemenangan atau dalam kekalahan.

Ini menyerlahkan beberapa hakikat:

1. PAS masih belum yakin Anwar layak menjadi Perdana Menteri sekalipun Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU13. Sikap teragak-agak atau “enggan” menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri ini jika Pakatan Rakyat menang, semakin ketara.

PAS seakan-akan mahu berkawan dengan Anwar setakat bekerjasama menumbangkan Barisan Nasional sahaja. Apabila menang, PAS ada banyak perhitungan lain untuk dibuat. Sebab itu, agaknya, Haji Hadi memberitahu akhbar Cina masih belum ada keputusan dicapai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang.

2. PAS menaruh harapan bahawa dalam PRU13, jika Pakata Rakyat menang, sumbangan bilangan kerusi parlimen terbanyak akan datang daripada PAS. Perkara ini diperkukuh oleh kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang, bahawa dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang terkuat.

3. PAS juga melayan impian bahawa jawatan Perdana Menteri seharusnya diberikan kepada pemimpin PAS. Semangat perjuangan Islam yang ditunjukkan selama ini menebalkan lagi keyakinan PAS bahawa ia adalah pergerakan Islam yang tuntas dan suci. Anwar dan PKR tidak boleh mengenepikan hakikat ini.

4. PAS masih kurang yakin akan kewibawaan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kempen-kempen media dan Barisan Nasional mempertikaikan ketelusan dan kekudusan moral Anwar nampaknya ada meninggalkan kesan pada sebilangan pemimpin kanan PAS.

5. PAS kini hanya bermain dengan waktu untuk menunjukkan taring politik sebenarnya apabila usai PRU13 yang diyakini akan memihak kepadanya. Jika ia membuat perisytiharan sekarang bahawa ia menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, kemenangan Pakatan Rakyat kelak akan menafikan peluang PAS memimpin Malaysia.

6. PAS mungkin tidak mahu mengumumkan Anwar menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU13 sekarang kerana tidak mahu terjebak dalam percaturan siapa yang akan mengisi kabinet Anwar. Soal pemimpin PAS mana akan mengisi portfolio kritikal dalam kabinet Pakatan Rakyat kelak pasti akan menjadi satu isu sensitif.

Atau, mungkin juga PAS sebenarnya sudah ada senarai kabinetnya sendiri! Sudah tentu akan agak menyulitkan Pakatan Rakyat dalam mencatur langkah politik selepas PRU13 jika ia sudah menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri sekarang.

Isu siapa patut jadi Yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, sehingga hari ini belum selesai. PAS mungkin mahu menjadikannya iktibar dalam menjalin hubungan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Apapun, yang pasti PAS seolah-olah masih belum menemui kesepakatan di kalangan pemimpin-pemimpinnya.

Pada akhirnya mungkin ada kebenarannya juga kenyataan Hasan Ali bahawa sendi politik PAS kini sedang dimamah parasit politik yang tidak mahu lagi mengikut telunjuk ulama tanpa banyak soal.

Mungkin parasit-parasit ini juga sedang mengatur formula bagaimana mahu menjadikan PAS parti politik mutlak dan bukan lagi sebuah pergerakan dakwah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping