Sabtu, Julai 28, 2012


Parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu kini bakal menjadi 'Produser Drama' bertajuk 'Hudud' untuk membantu Si Minah Pening ni sebagai teraju utama mereka.

Bukan apa. Kan sebelum ni PAS dah janji akan menjaga Kebajikan Rakyat. Jadi, memang patut sangat la diorang buat drama dan menjadikan Minah Pening ni sebagai 'Heroin'.

Sekurang - kurangnya, dapat jugak la Si Minah tu cari rezeki yang halal tatkala artis serta rakyat Malaysia yang tak menyokong PAS mendapat rezeki Haram. 

Kalau tidak, macam mana Si Minah Pening tu nak bagi anak - anak dia makan minum dan hantar ke sekolah serta sebagainya? Dan sebab itulah PAS terpaksa menDRAMAkan kembali isu Hudud ni!!! Lagi pun, diorang bukannya nak buat. Setakat wayang Politik boleh la!!!
Kota Bharu - Umno Kelantan menyifatkan kenyataan  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin berhubung isu hudud tidak lebih dari ‘ulang tayang drama’ menjelang Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, adalah jelas Pas sengaja mempermainkan isu undang-undang Islam itu bagi meraih sokongan pengundi.

“Nik Aziz boleh cakap sahaja hendak buat hudud tetapi DAP yang akhirnya menentukan boleh atau tidak sebab kita sedia maklum bahawa DAP ada undi veto dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan  Nik Aziz yang menyatakan Pas  tetap mempertahankan pelaksanaan hudud biarpun ditentang rakan PR yang lain seperti DAP.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, isu pelaksanaan hudud sandiwara Pas semata-mata kerana sejak 22 tahun memerintah Kelantan, parti tersebut dilihat tidak serius untuk merealisasikan undang-undang Islam berkenaan.

“Saya yakin ia (hudud) tidak akan dilaksanakan sebab Pas akan beri sebab selepas PRU13, bahawa DAP tidak setuju,” katanya.

Malah beliau berkata, Pas kelihatan lebih bersikap tunduk dan patuh terhadap perintah DAP sahaja yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.

“Bila DAP tidak setuju penubuhan Negara Islam, Pas terpaksa tukar kepada Negara Berkebajikan dan Karpal Singh kata ‘langkah mayat dia dulu’ Pas terus diam membisu pasal hudud.

“Sekarang Nik Aziz  cakap semula hudud sebagai nak ‘test the water’ sahaja dan bila diherdik oleh Karpal Singh nanti semua akan membisu lagi, saya yakin drama ini akan berulang tayang lagi,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping