Rabu, Oktober 24, 2012


Ai!!! Ingatkan tuduhan puak - puak Pembangkang dalam Politik je yang ada cerita pasal 'Tangan Ghaib' ni. Rupanya, dalam dunia hiburan pun ada jugak?

Siapa pulak la yang terlibat jadi 'Tangan Gatal' dalam industri ni ye? Apa la manfaat yang diorang dapat agaknya. Hanya sekadar nak dapat nama untuk individu tertentu?

Lama mana sangat la kemahsyuran tu akan kekal? Tapi, jangan sampai jadi macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu sudah la. 

Diorang tu setakat pandai tuduh orang je. Walhal, diorang pun sama je. Malah lagi teruk. Ada orang buat laporan pun diorang buat tak tau je dan tak de satu tindakan pun yang diambil. Pun diorang masih tak sedar diri? Memang patut la perangai pun macam sial!!!
ISU tak puas hati terhadap keputusan pemenang dalam mana-mana penganjuran anugerah atau pertandingan bukan perkara baru dalam dunia seni tanah air. SS sudah dengar perkara ini berlaku sejak dulu sampailah era sekarang. 
Apabila ada sesuatu pertandingan, pasti akan kedengaran suara-suara yang tidak puas hati daripada mereka yang terbabit dalam industri. Pernah sebelum ini sampai ada kes tumbuk meja, sampaikan SS naik gerun mendengarnya.  

Apa nak buat, kerana apabila sudah naik hantu, pertimbangan pun akan hilang. Disebabkan inilah akan berlaku perkara-perkara yang di luar jangkaan. Namun SS harap karyawan kita semakin bijak dalam membuat keputusan.  


Biarpun marah atau kecewa, ia perlu disalurkan mengikut saluran yang betul. Sekurang-kurangnya ini akan menjaga martabat karyawan seni daripada terus diperlekehkan oleh masyarakat yang sentiasa memandang dengan penuh minat.


SS maklum mengenai pertandingan besar berkonsep festival yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini. Penyertaan yang diterima dari seluruh negara tetapi selepas tapisan hanya yang benar-benar layak bertanding di peringkat akhir. 

SS tak sempat meluangkan masa untuk hadir menyaksikan pertandingan ini, tetapi difahamkan ia berjaya menarik ramai peminat kerana semua yang bertanding boleh dikatakan hebat-hebat. 

Bagaimanapun selepas melihat persembahan semua yang bertanding, sudah ada yang meneka-neka siapa yang bakal muncul juara. Apatah lagi persembahan mereka dilihat agak konsisten kerana pengalaman yang dimiliki. 

Namun ramai terkedu apabila keputusan diumumkan kerana ada yang tidak menepati jangkaan. Bukan menafikan kehebatan juri menilai tetapi semacam ada yang tak kena. 

Mulanya pihak yang kalah berasa akur kerana mereka tiada rezeki untuk menang.  

Bagaimanapun mereka agak terkejut apabila dimaklumkan ada tangan-tangan ‘nakal’ yang mengatur keputusan supaya jadi sebaliknya. 

SS tak berniat nak masuk campur. Tapi sekiranya betul-betul berlaku, ia sangat malang buat mereka yang sepatutnya menang. Mungkin apa yang berlaku menyebabkan mereka serik untuk terus ambil bahagian pada masa akan datang.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping