Itu desas desus dan khabar angin yang kini semakin hangat diperkatakan di Kedah. Ekoran keGAGALan PAS mempertahankan Kedah, semua jari tunjuk pada Tok Jan.
Sehingga hari ini, macam - macam tohmahan dan maki hamun yang kita dengar ditujukan kepada Tok Jan. Maklum la, Tok Jan jugak yang pegang jawatan tinggi dalam PAS Kedah.
Persoalannya, adakah tindakan memaki hamun Tok Jan itu boleh dianggap sebagai satu tindakan yang wajar? Takkan Tok Jan sorang je yang bersalah?
Bagaimana pula dengan mereka yang lain yang selama ini kita tahu berkomplot untuk menjahanamkan Tok Jan di Kedah sewaktu pentadbirannya?
Bagaimana pula dengan kes sabotaj dari kalangan pemimpin PAS sendiri? Adakah itu pun kita hanya nak berpura - pura tak nampak dan biarkan mereka terlepas?
Hakikatnya, kekalahan PAS di Kedah bukan hanya kesilapan seorang manusia yang bernama Azizan Abdul Razak sahaja. Tapi seluruh organisasi PAS di Kedah.
Ini disebabkan PAS mula menyerap fahaman Liberalis dan terlalu terpengaruh dengan nafsu untuk berkuasa yang dibawa oleh puak - puak PKR serta DAPigs.
Disebabkan pemimpin - pemimpin PAS sekarang dah tak pedulikan perjuangan Islam, maka itu sebabnya mereka kecundang dari mempertahankan Kedah.
Semua ni salah pemimpin PAS jugak. Siapa suruh diorang pentingkan diri sendiri dari nak menegakkan Islam? Apa yang diorang buat hanya untuk kepentingan diri sendiri. Bukannya diorang nak mempertahankan Islam sangat pun!!!
Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu.
Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu.Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN.Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya.Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Mahfuz Omar yang kemudian diproksikan oleh Phahrolrazi Zawawi. Beberapa orang Exco pilihan Azizan turut menikam belakang Azizan dan membuatkan kesihatannya bertambah teruk. - Kedahan69er
Assalammualaikum wmt,
BalasPadamPemimpin dan ahli PAS telah terlalu lama diasuh dan diasah untuk membenci musuh utamanya, UMNO-BN. Sejak dari kecil - dari zaman tadika, mereka telah didik begitu.
Maka apabila ianya menjadi satu budaya hidup puak PAS, maka siapa sahaja yg dianggap musah akan dikecam waima bekas pemimpin mereka sendiri kerana telah tidak diperlukan lagi.
Itulah nasib buruk yg diterima oleh Tok Jan.
Tanpa belas kasihan Tok Jan yg uzur dihina dan dicerca. Kononnya sebab PAS tewas di Kedah.
Tanpa usul periksa dan kasji selidik secara berhemah, kesalahan diletakkan ke bahu Tok Jan seorang.
Dah memang dasar manusia yg hidupnya sentias mencari kesalahan orang lain. Itulah hasilnya.
Salah sendiri tak pernah difikirkan. Dalam hidup mereka tak ada istilah 'muhasabah diri', walaupun ianya sangat ditekankan ajaran Islam sebenar.
Kesiannnnn.... Apa nak buat? Dah nasib Tok Jan kerana jadi ahlul PAS.