Peribahasa Melayu pun dah sebut, "Jangan jadi paku dulang serpih". Tapi gelagat Si Husam Kambing yang sebelum ini menghina pemimpin PAS dibalas secara terang - terangan.
Dia jugak yang keluarkan fatwa bahawa Berdosa Besar bagi mana - mana pemimpin atau pun penyokong parti yang tidak hadir Himpunan Black 505 sebagai Pengkhianat.
Konon kata Husam, mereka ini dianggap telah mengkhianati perjuangan PAS yang diasaskan oleh para pemimpin PAS yang terdahulu. Itu tuduhan Husam.
Maka disebabkan keangkuhan Husam itulah yang menyebabkan beberapa pemimpin PAS lain terasa terhina dengan kenyataan tersebut.
Kita pun tau kenapa Si Husam tu bertindak sedemikian. Dia buat macam tu sebab dia dah kehilangan segala - galanya dalam perjuangan Politik dia.
Dia bukan sahaja telah mengaibkan diri dia di Putrajaya. Malah Si Husam Kambing tu jugak GAGAL mempertahankan jawatan sebagai Exco Negeri Kelantan.
Hasrat Husam ialah untuk menjadi Menteri Besar. Paling tidak, Husam mengimpikan jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Namun hasrat dan impian Si Husam tu ternyata hanya tinggal kenangan bila nama dia tak termasuk lansung dalam senarai Exco. Apatah lagi dengan jawatan MB.
Dan disebabkan keangkuhan Husam tu lah yang menyebabkan dia seolah - olah dah jadi Gila dan Hilang arah seterusnya menghukum mereka yang berkenaan.
Nah! Sekarang kita dah tau siapa pengkhianat sebenarnya dalam perjuangan PAS. Husam hanya dianggap sebagai boneka kepada orang lain selain dari pemimpin PAS sendiri.
Husam sanggup tunduk dan patuh pada telunjuk pemimpin dari parti luar dan menghukum pemimpin PAS kerana dia anggap telah dikhianati oleh mereka.
Itulah akibatnya bila terlalu ghairah dan Gila Kuasa. Penyudahnya, dia meroyan la tak tentu arah dan buat tuduhan yang bukan - bukan. Pengkhiatan yang dilakukan oleh Husam ni wajar dikenakan tindakan. Takkan PAS nak duduk diam pulak!!!
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berpandangan, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada mana-mana pemimpin Pas yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain.
Menurut beliau, arahan untuk menganjurkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 dikeluarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang.
Kalau kita mematuhi arahan pemimpin parti lain, itu lagi khianat sebenarnya," katanya di sini hari ini.
Norazli mengulas percanggahan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli Pas menyertai perhimpunan itu sedangkan Husam sebelum ini mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong pendiriannya sebagai pengkhianat parti yang lupa asal-usul.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.