Khamis, Jun 06, 2013


Rasanya semua orang tahu dimana letaknya kemaluan lelaki atau pun perempuan. Bagi orang yang tak tau tu, tentu - tentu diorang ni jenis manusia yang hilang akal.

Budak yang kecik tak pegi sekolah pun tau dimana letaknya kemaluan mereka. Pun diorang ada perasaan malu bila berdepan dengan orang ramai.

Tapi yang kita herannya sekarang, dimana letaknya kemaluan orang yang digelar sebagai Si Ketua Penipu tu? Rasanya, dia ada kemaluan ke tidak?

Kalau nak kata kemaluan dia sebagai seorang lelaki terletak ditempat yang sama macam lelaki lain, tidak jugak beb. Dia tak pulak menjaga dan pelihara kemaluan dia.

Kalau lelaki lain, dia tak tayang kemaluan dia tu pada orang. Kalau ada pun dari kalangan mereka yang tak bermaruah dan tak de harga diri. Itu lain cerita.

Tapi, Si Ketua Penipu tu macam bangga pulak dia tayang kemaluan dia kepada umum. Tak de apa pun tindakan yang dia ambil bila ada pihak yang mendedahkan kemaluan dia.

Kalau bagi manusia biasa, kemaluan yang paling mereka hendak jaga dan pelihara adalah NAMA diorang sendiri. Walau macam mana cara pun, NAMA tu yang penting.

Buruk nama seseorang tu, maka buruk jugak la persepsi orang kepada dia. Nak pulak kalau orang kenal siapa keluarga diorang. Lagi bertambah la keburukkan yang akan dihadapi.

Macam budak - budak kecik jugak la. Kalau ada yang kuat mencuri buah mangga rumah jiran sebelah rumah, dah tentu - tentu bapak dia jugak yang buruk nama.

Dah tentu - tentu jiran sebelah rumah tu akan kata, "Ini semua kerja Si Polan, anak pada Si Polan ni. Memang dasar keturunan Pencuri." Itu ayat biasa yang kita akan dengar.

Jadi, persoalan yang sama juga perlu kita ajukan kepada Si Ketua Penipu tu. Adakah NAMA dia merupakan kemaluan dia? Tak jugak beb. Dia pun tak peduli dengan nama.

Kalau boleh, dia memang nak orang selalu sebut - sebut nama dia. Tak kira la orang sebut tu buruk atau pun baik. Janji nama dia meniti dibibir orang ramai.

Tu sebab SH tak letak nama Si Ketua Penipu tu. Hanya yang SH letak hanya gelaran dia sahaja sebab memang itu gambaran nyata mengenai perangai dia.

Hakikatnya, memang Si Ketua Penipu tu kuat Menipu dan dia memang mengetuai kumpulan yang kerja mereka hari - hari Menipu. Kalau tak Menipu, memang tak sah.

Jadi, memang sesuai sangat la dengan gelaran Si Ketua Penipu tu dengan dia. Pantang dia bukak mata, benda pertama yang dia buat ialah menipu.

Maka, kesimpulannya, Si Ketua Penipu tu memang jenis manusia yang tak ada kemaluan, sama ada kemaluan sebagai seorang lelaki atau pun kemaluan sebagai seorang manusia. 

Dia ni jenis manusia yang tak de maruah. Asalkan agenda dia tercapai, apa pun dia sanggup gadaikan. Termasuk la kemaluan diri dia sendiri. Jadi, tak heran la kalau dia sanggup mengadaikan maruah Negara kepada orang luar!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping