Opps! Silap pulak. Ahli Parlimen Pandan. Tapi rupa dia memang ada gaya macam Pondan pun. Bila diajukan soalan, tak berani pulak dia nak jawab.
Paling tidak, dia akan tuduh orang tu sebagai wakil dari UMNO. Tak pun lidah dari pihak Kerajaan. Kot dia nak bagi bukti mengenai dakwaan yang dia buat, jangan harap la!!! Membelit je kerja dia!!!
Rafizi Ramli kantoi lagi. Bukan itu saja bahkan ahli Parlimen PKR kawasan Pandan,Selangor itu juga ‘terkedu’ kena penangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat pada Isnin.Pada mulanya Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mencelah Mustapa yang berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong mendakwa tindakan kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain jejaskan kualiti kereta.Tidak berpuashati dengan jawapan menteri itu, Rafizi juga mendakwa tindakan itu menurunkan harga kereta menyebabkan ada gaji pekerja syarikat kenderaan turut diturunkan.Bagaimanapun, Mustapa menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.Beliau kemudian mencabar Rafizi mengemukakan bukti tetapi pemimpin pembangkang itu gagal menyatakan syarikat mana yang menurunkan gaji pekerja berikutan penurunan harga kenderaan yang dikeluarkan.Menyedari Rafizi masih tidak menyahut cabarannya, Mustapa terus mendesak Rafizi memberikan bukti.“Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda turunkan harga, gaji (pekerja) diturunkan. Kalau Pandan (Rafizi) ada maklumat, sila berikan kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji”.“Kita juga tak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga kereta tetapi naikkan model lain, begitu juga laporan bahawa syarikat yang turunkan tetapi potong bonus,” katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi menyerahkan bukti bagi membolehkan kerajaan menyiasat dakwaan tersebut.Melihat Rafizi gagal memberi bukti, Mustapa berkata dakwaan itu serius dan beliau ingin tahu supaya kes tersebut boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.“Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta Pandan beri bukti,” katanya yang mendapat tepukan meja tanda sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selepas Rafizi terus membisu.Di luar Dewan, ada ahli-ahli Parlimen yang mendengar ‘perdebatan’ Mustapa dan Rafizi percaya ahli Parlimen PKR itu hanya membangkitkan isu tersebut tanpa bukti kukuh.Ini kerana Rafizi sebelum ini didapati kerap menimbulkan beberapa isu tetapi gagal mengemukakan bukti malah beliau ‘kantoi’ apabila dakwaannya didapati tidak betul dan kurang tepat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.