Selasa, Julai 09, 2013


Pengerusi DAP, Karpal Singh didakwa tidak senang dengan apa sahaja perkara berkaitan Islam termasuk peruntukan yang sedia termaktub sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan, akta atau enakmen.

Sehubungan itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa semua pemimpin serta ahli Pas mempertahan tindakan Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menegur Karpal berhubung isu pertukaran agama bagi kanak-kanak bawah 18 tahun.

Menurut beliau, Takiyuddin dalam isu berkenaan memberi pandangan sebagai seorang peguam serta sebagai salah seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang.

“Dalam hal yang berkaitan dengan Perlembagaan, perkara itu sudah cukup jelas. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan adalah sesuatu yang telah disepakati pakatan pembangkang dan sekiranya sikap anti terhadap kedudukan itu berterusan ditunjukkan Karpal, maka tindakan sepatutnya perlu diambil terhadap beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Takiyuddin semalam, yang meminta Karpal tidak memberi kata dua terhadap rakan parti dalam pakatan pembangkang, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyokong hasratnya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Takiyuddin menyifatkan tindakan Karpal itu sebagai bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam ‘senior’, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan Perlembagaan yang telah lama dipertahan.

Sementara itu, aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, Pas wajib menunjukkan pendirian tegas dan tidak berkompromi dalam isu berkenaan memandangkan perkara tersebut berkait kepentingan akidah Islam.

“Takiyuddin telah membuat pendirian yang cukup tegas dan mesti mendapat sokongan padu serta sokongan tidak berbelah bahagi semua pihak dalam Pas sama ada pemimpin mahupun ahli akar umbi,” katanya 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping