Itu satu persoalan yang nak dijadikan persoalan yang SH nak ajukan kepada YAB Perdana Menteri. Apa gunanya ambik ADUN untuk panaskan kerusi?
SH tak nafikan bahawa dipihak Pakatan Pembangkang, hampir semuanya memang tak de kerja lain selain dari nak memintak jawatan itu dan ini je kerjanya.
Tapi yang SH heran, kenapa ada dikalangan ADUN BN pun hanya pandai duduk diam je didalam dewan? Adakah mereka ni semuanya tak bersuara belaka?
Rasanya, tidak jugak. Sebab masa angkat sumpah tempoh hari, semuanya boleh je bersuara. Boleh je diorang melafazkan sumpah dihadapan Speaker.
Jadi, apa yang membuatkan diorang ni hanya duduk diam dan kaku je didalam dewan selepas majlis angkat sumpah? Dah tak de apa yang nak diperkatakan ke?
Adakah mereka ni semuanya dah cukup banyak menabur budi kepada rakyat diluar sehingga tiada lansung permintaan dan tuntutan kepada Kerajaan?
Kalau tak de, bagus la. Itu tandanya bahawa pihak Kerajaan ni dah banyak berkhidmat kepada rakyat sampai ADUN - ADUN ni tak de apa yang nak diminta lagi.
Tapi, bagaimana pulak kalau Kerajaan dikecam dan diserang oleh pihak Pakatan Haramjadah dengan dakwaan yang bukan - bukan?
Adakah mereka yang dah dipilih menjadi ADUN ni juga hanya akan terus jadi pemerhati dan terus berdiam diri didalam dewan?
Bila setiap kali ada isu yang dijadikan bahan pertikaian oleh Pakatan Pembangkang, balik - balik muka yang sama jugak yang bangkit dan mempertahankan Kerajaan.
ADUN - ADUN baru ni semuanya bisu ke? Nak kata diorang tak pandai nak berbahas, tak jugak. Ada jugak dikalangan diorang yang pandai buat spekulasi.
Tapi, spekulasi terhadap orang UMNO jugak la. Nak harapkan diorang buat spekulasi terhadap Pembangkang, jangan mimpi la!!! Buat mengabihkan masa je.
Ada pulak dikalangan ADUN - ADUN ni bila ditanya, kenapa dia tak bersuara dalam dewan, dia akan memberikan alasan yang bukan - bukan. Malah siap jual nama pulak lagi tu.
Yang paling SH tak sedap dengar, nama orang yang dijual tu bukannya orang lain. Nama pemimpin Nombor satu Malaysia jugak yang dia jual.
Konon kata dia, dia hanya diarahkan untuk menjadi pemerhati atau 'Observer' didalam dewan. Kalau nak jadi pemerhati, jangan jadi ADUN dan duduk dalam dewan.
Baik dia duduk di kerusi Pemerhati yang ada didalam galeri tu. Tak de la orang sakit hati sangat. Itu lagi berfaedah dari dia nak jadi tunggul kayu dalam dewan.
Yang lebih menghairankan, dia sanggup jual nama, tapi bila nama pemimpin Nombor Satu Malaysia tu dikutuk, dia tetap jugak duduk diam dalam dewan.
Kan nampak sangat tak elok kalau macam tu? Kalau tengok pada cara berpakaian dan gaya dia, memang tak mudah la. Kalah orang lain.
Kesimpulannya, SH mohon sangat la agar ADUN - ADUN baru ni semuanya lebih Pro Aktif dalam membahaskan sesuatu isu. Jangan la sebab dia anggap diri dia sebagai 'Anak Emas' maka dia sesuka hati je nak jual nama kat dalam dewan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.