Seorang penyelia kilang hampir putus telinga kirinya hingga terpaksa menerima 14 jahitan selepas dilibas dengan parang oleh dua penyamun bermotosikal di hadapan pagar sebuah rumah di Taman Sri Intan di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam ketika Choo Kong Wui, 44, sedang berbual dengan ibu mertua rakannya yang berusia 70-an di hadapan rumah warga emas itu.
Menceritakan detik-detik cemas itu, Kong Wui berkata, dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 tiba-tiba berhenti dan pemboncengnya mengeluarkan sebilah parang sambil meminta wang daripadanya.
Dia yang akur dengan kehendak suspek menyerahkan dompet miliknya namun tanpa disangka-sangka suspek bertindak melibasnya dengan parang.
"Lelaki itu menjerit berkali-kali meminta saya segera menyerahkan wang sambil mengacukan parang ke arah saya. Saya tidak berniat untuk melawan lalu mengeluarkan dompet dan menyerahkannya.
"Saya tidak sangka selepas memberi dompet, lelaki itu masih bertindak ganas mencederakan saya dengan menghayun parang ke arah saya.
Mujur saya sempat mengelak, kalau tidak parang itu mungkin mencederakan leher saya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.