Belum reda konflik dengan akhbar, penyanyi popular, Alyah dilanda pula dengan kontroversi kononnya dia sudah berkahwin secara senyap dengan Dato’ Haji Ramli MS.
Dalam ruangan gosip sebuah portal hiburan, Alyah dikatakan sudah mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Ramli MS kira-kira dua bulan lalu iaitu selepas dia pulang dari menjalani ibadah umrah.
Menurut portal tersebut lagi, Alyah kini sudah menetap di kediaman pengarah muzik terkenal itu di Bandar Kinrara, Puchong.
Bagi mendapatkan kesahihan mengenai gosip ini, GUA cuba mendapatkan penjelasan dari empunya badan sendiri dan ini jawapan Alyah.
“Saya dah penat nak bagi sebarang komen. Bila cakap, asyik saya saja yang kena. Apa-apa awak tanyalah dengan Dato’ Ramli MS sendiri,” ujar Alyah kepada GUA.
Alyah juga berharap agar semua pihak dapat menghormati serta memberi ruang kepadanya kerana buat masa ini dia mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya seninya.
Alyah kini sibuk menjalani rakaman lagu patriotik bersama Orkestra Filharmonik Malaysia selain bakal terlibat dengan rakaman sebuah program Raya, Stailista Unplugged untuk TV9.
Ps: Alahai!!! Kalau dah kahwin, mengaku aje la. Kalau orang tu tak mengaku, sudah la. Tak payah la nak dipanjang - panjangkan cerita. Kan senang?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.