Memandangkan jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri atau pun Exco begitu terhad selepas PRU13 yang lepas, jawatan-jawatan utama dalam GLC terpaksa diagih-agihkan.
Jawatan-jawatan seperti pengerusi GLC menjadi buruan mereka kerana keluhan mereka gaji dan eluan wakil rakyat tidak mencukupi untuk menjaga kawasan.
Selepas PRU 12 yang lalu jawatan yang sedia ada dilihat tidak mencukupi sehingga ada pulak jawatan baru yang diwujudkan bagi memenuhi kehendak pihak tertentu.
Jika sebelum 5 Mei 2013 yang lepas mereka ini sibuk melobi untuk menjadi calun dan bila ada yang tak menang sebagai wakil rakyat, diorang sibuk pula melobi jawatan lain.
Nampaknya tak habis-habis kerja melobi oleh golongan yang mabuk kuasa ini. Yang terbaru ialah Si Siputdin Nasution tu pulak nak dilantik pula menjadi Pegawai Seranta.
Walhal, jawatan tu tak wujud pun sebenarnya. Nampaknya diorang Gila Jawatan sampai ada yang sanggup jadi Hantu. Dan GLC pulak diguna sebagai lembu untuk memerah susu.
Apa pun elok jugalah di dalam masa yang pendek, yang hanya tinggal empat tahun sahaja ini, lebih baik cepat-cepat mereka menggendong harta rakyat dengan apa yang dapat sebelum rakyat bangkit kembali pada tahun 2018 dan kuasa ini jatuh ke tangan parti lain.
Ps: Di Pahang pun, apa kurangnya. Puak - puak Pakatan ni pun memang Gila kejar jawatan. Tak dapat jadi Ketua Pembangkang, nak jadi Exco pulak.
Benda pertama yang dibangkitkan dalam Sidang DUN ialah mengenai jawatan. Ada yang mintak nak jadi Exco.
Ada jugak yang nak jadi Ahli Jawatankuasa Exco. Itu perkara pertama yang keluar dari mulut puak - puak Pembangkang ni.
Bukan la diorang ni nak memperjuangkan sangat keadilan untuk rakyat. Sebaliknya, sibuk nak berebut jawatan.
Dulu sibuk sangat nak jadi calon. Sampai siap beramuk sesama sendiri. Tak cukup dengan itu, ada jugak yang sanggup tikam sesama sendiri. Sekarang, dah Gila Jawatan la pulak!!!
bertambah lagi negeri miskin.. lingkupppp.. yg untung dappp laknat
BalasPadam