Khamis, Julai 04, 2013


Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim mengakui Selangor mempunyai bilangan rumah urut dan pusat hiburan yang banyak meskipun kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen baru.

Beliau juga tidak menafikan rumat urut baru dan pusat hiburan berkenaan beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang kelulusan.

"Kalau kita selalu melakukan pemeriksaan setiap hari pun, dalam masa setahun pun tak habis. Buat (pemeriksaan) satu hari, tutup satu, buka dua lagi esok. Jadi kita kena fikirkan satu cara yang lebih holistik bagi memastikan keberkesanan dalam mengatasi masalah ini. 

"Untuk isu-isu seperti ini, kemukakan maklumat yang lengkap kepada pihak berkuasa bagi memudahkan membuat pemantauan kerana ada banyak rumah urut, ada banyak pusat hiburan.

"Bagaimana PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan agensi berkaitan nak jalankan tugas sekiranya tiada maklumat?" soalnya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Jakiran Jacomah (BN-Bukit Melawati).

Teng berkata, aduan itu perlulah lengkap dan meminta orang ramai menghantar satu salinan kepada dirinya juga agar beliau dapat memastikan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas mereka.

"Sekiranya ada aduan, hantarkan satu salinan kepada saya supaya saya juga dapat mengingatkan PBT untuk mengambil tindakan terhadap aduan tersebut," katanya.

Beliau juga memaklumkan kepada sidang DUN Selangor hari ini bahawa kerajaan negeri, selain membekukan lesen pusat hiburan dan rumah urut, juga bertindak tegas terhadap pemilik yang sedia ada dalam usaha membanteras maksiat.

"Tindakan kompaun ke atas premis-premis di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen termasuk kepada pemilik premis, melaksanakan tindakan sitaan dengan menyita peralatan seperti komputer yang berada di premis.

"(PBT juga) mengkaji semula syarat kelulusan lesen dan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi kerajaan," katanya.

Bilangan pusat hiburan dan rumah urut di Selangor dilaporkan meningkat sejak tahun 2008, iaitu apabila kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini. Walaupun lesen baru tidak dikeluarkan, difahamkan kebanyakannya pusat berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Ps: Soalan SH mudah je YB. Kalau boleh YB bagi tau, siapa punya kerja yang bukak rumah urut ni? Kerja UMNO BN jugak ke? Atau kerja kaum - kaum 'Peniaga' yang YB 'pelihara' selama hari ini? Itu je soalannya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping