Kesian beb. SH dengar cerita, Si Siputdin tu sekarang ni dok sibuk tengah berkira - kira duit simpanan yang dia ada dalam tabung kat rumah dia. Cukup ke tidak.
Kalau dulu, masa dia mula - mula merempat, dia pergi meraih simpati dengan Si Ketua Penipu tu. Kesian punya pasal, Si Ketua Penipu tu suruh dia ke Kelantan.
Dapat la dia merasa jadi Ahli Parlimen. Lepas dia jadi ahli Parlimen tu la dia dapat merasa nikmat kekayaan. Dah kaya, dia lupa diri. Si Ketua Penipu tu hantar dia ke Kedah.
Sampai je kat Kedah, orang Kedah sendiri yang bungkus dia dan hantar balik kat Si Ketua Penipu tu. Mungkin orang Kedah tak larat nak jaga dia kot.
Maka kembali la Si Siputidn tu merempat dan cuba meraih simpati dari Si Ketua Penipu tu. Itu pasal la dia nak dilantik jadi 'Hantu' dalam pejabat MB Selangor.
Malangnya, harapan Si Siputdin tu mendapat tentangan pulak dari anak buah kesayangan Si Ketua Penipu tu sendiri. Tak lupa jugak dengan bantahan dari Mak Lampir.
Mungkin Mak Lampir tu marah la sebab ada orang lain nak potong jalan dia. Di Selangor, cukup la dia sorang je jadi Hantu. Orang lain tak payah la sibuk!!!
Maka, tergantung la Si Siputdin ni tak bertali di Selangor. Nak ke hulu pun tak boleh, nak ke hilir pun tak boleh. Duduk kat tengah - tengah pun, dia tak dapat apa. Penyudahnya, jadi la dia Lebai Malang. Baru la Padan Muka dia!!!
SHAH ALAM: Kedudukan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai seranta politik Menteri Besar Selangor masih kabur buat masa ini walaupun sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan pelantikan jawatan itu.Ketua Umum PKR itu mengumumkan Saifuddin dilantik sebagai pegawai seranta politik kepada Menteri Besar Selangor sewaktu menggulung perbahasan Kongres Tahunan Nasional ke-9 PKR di Dewan Sivik MBPJ pada hujung Mei lalu.“Pengesahan itu perlu dijawab sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Jawatan jurucakap politik itu masih belum diwujudkan di negeri Selangor,” tambah beliau.Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali pada awal bulan lalu mendedahkan ada di kalangan anggota PKR Selangor yang kurang senang dengan perlantikan Saifuddin ke jawatan berkenaan.Azmin memberitahu pelantikan itu seolah-olah meminggirkan pemimpin PKR Selangor yang lain.Media turut melaporkan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin pada Jun lalu belum menerima maklumat rasmi berhubung pelantikan Saifudin ke jawatan tersebut.Zuraida memberitahu PKR mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri.Awal bulan lalu, Khalid memberitahu tugas Saifuddin di pejabat Menteri Besar Selangor akan diumumkan pada minggu berikutnya namun sehingga kini pelantikan berkenaan masih kabur.
sama lah nasib mcm letnan adunan.. hehehe mungkin dia lebih baik sikit.. masih ada duit
BalasPadam