Rabu, Julai 10, 2013


DAP bermain wayang lagi. Seorang anak gadis muda dilantik sebagai seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam. 

Agak janggal bagi gadis Melayu ini yang berdaftar di DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam ditugaskan sebagai Ahli Majlis MPPP dan bukannya di kawasannya sendiri di Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSJ). 

Adakah beliau anak orang kebanyakan yang diangkat oleh DAP sebagai seorang Ahli Majlis? Tentu sekali tidak!!! Beliau adalah sebagahagian daripada kroni Joseph Lim. 

Beliau adalah anak gadis Dato Abdul Halim bin Hussain, bekas Speaker Kerajaan Pulau Pinang. Khabarnya beliau baru mendaftar sebagai ahli DAP baru seminggu!!! 

(SH ingatkan kontrak je boleh bagi kepada syarikat dalam masa yang singkat. Rupanya, lantik kroni pun boleh jugak ye? Macam - macam!!!)

DAP bijak melantik Ahli Majlis MPPP dari seorang gadis berusia 26 tahun yang merupakan seorang pereka grafik. DAP tahu ini kelemahan utama Barisan Nasional yang kelihatan masih gagal menarik perhatian anak muda. 

Walau bagaimanapun CTS mengucapkan tahniah buat UMNO dan Barisan Naasional yang melantik seorang anak muda berusia 37 tahun, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan anak tempatan, sebagai calon N01 DUN Kota Besut untuk PRK yang akan diadakan sedikit masa lagi. Semoga anak muda ini mendapat kemenangan mutlak, Insya Allah. - Sumber asal, blog CucuTokSelampit

PS: Bila orang kata diorang ni mengamalkan dasar Kronisme, diorang nafikan. Tapi hakikatnya? Hanya Allah saja yang tahu.

Tapi apa boleh buat. Dah memang dasar parti yang dipimpin oleh mereka yang berlidah biawak. Memang macam tu la gayanya.

Cuma yang kita heran, masih jugak ada orang Melayu yang nak ikut cakap diorang ni ye? Walhal dah terang - terang Munafiknya. Pun masih jugak ada yang nak menyokong? Jahanam!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Melayu barua,yang buat DAP bangga melayu senang di suruh dan dipermainkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping