Rabu, Julai 10, 2013


Itu satu persoalan yang perlu penjelasan PAS. Kenapa mereka mengenepikan nama Ustaz Zawawi sedangkan dia seorang yang berkebolehan?

Adakah hanya kerana dia GAGAL mempertahankan kawasan tersebut dan GAGAL merampas ia kembali membuatkan PAS hilang keyakinan terhadap dia?

Jika nak dibandingkan dengan orang lain, Nik Zawawi perlu diberikan kelebihan kerana dia juga bukan calan - calang pemimpin dalam PAS. Dia Setiausa Majlis Syura.

Jawatan tersebut boleh dianggap lebih besar dari jawatan Setiausaha Agung PAS kerana PAS berpaksikan kepada Majlis Syura. Bukannya jawatankuasa.

Bagi PAS, Majlis Syura lebih besar kuasanya jika hendak dibandingkan jawatankuasa. Maka, jawatan Nik Zawawi sebagai Setiausaha Majlis Syura juga perlu diberikan perhatian.

Malangnya, PAS tidak melihat kepada perkara tersebut. Sebaliknya, mereka hanya menumpukan kepada rekod buruk Nik Zawawi di DUN Kuala Besut.

Jelas, PAS membuktikan bahawa parti itu lebih mendahulukan Politik dari Agama. Politik diletakkan lebih tinggi dari perkara lain. 

Mungkin bagi PAS, Nik Zawawi seorang calon yang lemah dan mustahil mereka dapat merampas kawasan Kuala Besut dari UMNO. Mungkin sebab itu jugak PAS sanggup mengenepikan seorang Ulama dan mencalonkan seorang Profesional sebagai calon!!!
Seorang kontrektor yang lebih dikenali sebagai Che Long disebut-sebut sebagai calon pilihan pertama Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Che Long atau nama sebenarnya, Enduk @ Azlan Jusoh merupakan Bendahari Pas Besut juga dikenali sebagai taukeh kaya di kawasan itu.
Selain itu, nama seorang lagi taukeh, Zakaria Harun juga turut disebut-sebut. Zakaria merupakan seorang taukeh ikan di Kuala Besut.
Nama Nik Muhammad Zawawi Salleh juga turut disebut, namun nama beliau dimasukkan dalam pilihan terakhir kerana telah dua penggal beliau bertanding dan tewas di DUN itu.
Nik Zawawi pernah memenangi DUN Kuala Besut pada PRU 1999, namun, selepas itu, beliau telah tewas kepada calon BN, Abdullah Che Muda pada PRU 2004 dan Dr A. Rahman Mokhtar pada PRU 2008.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping