Khamis, Julai 11, 2013


Punya la kemaruk sangat nak menabur fitnah terhadap orang lain sampai sanggup berhabis harta. Itu la punya kejinya sifat puak - puak Pakatan Haramjadah ni.

Masa bukak mulut, bukan main lagi. Tak tau apa yang dia cakap tu betul atau tidak. Tak kira dah sama ada apa yang diorang buat tu halal atau pun haram.

Tapi, apa boleh buat ye tak. Kalau dah kemaruk tu, aa pun sanggup digadaikannya. Setakat berhabis harta ni, perkara yang kecil bagi puak - puak Pakatan ni.

Cuma yang kita peliknya, kenapa pulak Si Ketua Penipu tu tak nak bantu Ketua Wanita PKR Pulau Pinang ni ye? Kenapa dia tak bagi pun duit nak bayar pampasan?

Bukan ke selama hari ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu sibuk kata nak menjaga Kebajikan Rakyat? Ini nak jaga Kebajikan ahli sendiri pun tak mampu, apa kejadahnya!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyita barang-barang milik Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Norhayati Jaafar di rumahnya di Taman Sri Kijang di sini.

Tindakan itu dilakukan sejurus mereka menyerahkan writ penyitaan ekoran kegagalan Norhayati mematuhi perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah setelah kalah dalam satu kes saman fitnah tahun lalu.

Menurut peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, tindakan sita terpaksa diambil selepas Norhayati mengingkari arahan mahkamah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese pada 27 September tahun lalu untuk membayar ganti rugi kepada Aminah.

"Hari ini pihak mahkamah telah menyerahkan writ sitaan dan jualan bagi menyita barang-barang milik defendan pertama dalam kes itu iaitu Norhayati.

"Dia diberi masa 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi atau barangan terbabit boleh dilelong oleh pihak mahkamah," katanya kepada pemberita di Balai Polis Machang Bubok di sini hari ini.

Selain Norhayati, dua lagi pimpinan PKR iaitu Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamaruddin dan Timbalan Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad turut diarahkan membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah.

Aminah mengambil tindakan saman itu ekoran satu kenyataan dalam akhbar parti Pas, Harakah edisi 20-22 Mei 2011 yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Nasib lah. Sape suruh buat fitnah. Sendiri buat, sendiri tanggung lah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping