Khamis, Julai 11, 2013


Dunia hiburan digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang artis wanita yang sedang asyik bermain mahjung dan tidak berpuasa di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, pada Rabu.

Ketika serbuan, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu sedang bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Khabar angin mengatakan artis wanita yang dimaksudkan adalah pelakon kontroversi, Lana Nordin. GUA menghubungi Lana untuk mendapatkan keterangan lanjut daripadanya berkenaan khabar angin ini.

“Itu bukan saya. Sudah tiga hari saya terlantar sakit di rumah sampai hilang suara. Saya sekarang sedang demam, batuk dan sakit tekak. Jadi saya rasakan berita itu sangat kelakar. 

Kalau pun gambar yang dimaksudkan itu gambar saya, apa bukti sahih menunjukkan itu adalah saya? Sedangkan gambar itu pun diambil dari belakang,” jelas Lana yang pernah muncul dalam filem ‘Chow Kit’ ini.

“Tapi saya akui sekarang memang saya tidak berpuasa kerana tidak sihat. Saya berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan demam. 

Saya juga perlu makan ubat, sebab itu saya tidak berpuasa. Sudah tiga hari saya demam dan saya nak keluar daripada rumah pun tak larat,” jelas Lana lagi seterusnya menafikan khabar angin yang bertiup.

Mengulas mengenai hubungannya dengan teman lelakinya, Lana menyatakan hubungan mereka masih berjalan seperti biasa. 

Dalam perkembangan lain, Lana baru sahaja menjalani penggambaran drama bersiri ‘What If’ arahan Jehan Miskin yang disiarkan di 8TV.

Dia kini sedang menantikan tarikh untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama siaran RTM. Sempena bulan Ramadan ini, Lana juga aktif dalam menghadirkan diri ke majlis amal berbuka puasa.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping