Jumaat, Julai 05, 2013


Majlis Peguam Malaysia membidas cadangan kerajaan untuk menggubal undang-undang baru bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) kerana bimbang undang-undang itu bakal menjadi replika EO yang sekadar ditukar kepada nama baru.

Pengerusinya, Christopher Leong, membangkang undang-undang baru ala EO dikembalikan terutama jika ia hanya undang-undang lama tetapi `dipakaikan baju baru' menggunakan nama lain.

"Majlis Peguam belum melihat dan tidak tahu isi kandungan dan cadangan undang-undang baru itu. Apa yang penting, kami tidak bersetuju jika ia sama seperti EO. Undang-undang itu tidak boleh diterima kerana ia terdedah kepada penyalahgunaan," katanya.

Malah, katanya, kerajaan mengakui bahawa EO membawa mudarat kepada rakyat hingga menyebabkan ia dimansuhkan di Parlimen, tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berhubung keputusan kerajaan menggubal undang-undang baru bagi menggantikan EO dan Akta Kediaman Terhad berikutan peningkatan kadar jenayah dalam negara selepas pemansuhan EO.

Leong berkata, pihak berkuasa belum menunjukkan data dan bukti ketara mengaitkan peningkatan jenayah jalanan dengan pemansuhan EO.

"Masalah jenayah jalanan sepatutnya diselesaikan dengan pelbagai cara dan ini termasuk meningkatkan kapasiti dan kebolehupayaan anggota polis. Ia bukan sekadar melengkapkan mereka dengan kuasa untuk menahan orang tanpa bicara," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, Majlis Peguam mengakui kewujudan asas dan keperluan untuk mempertimbangkan perundangan baru untuk menangani jenayah sindiket.

"Kami terbuka terhadap idea perundangan baru menangani jenayah sindiket tetapi ia tidak sepatutnya EO yang diberikan nama baru. Kita bersedia untuk membincangkan perkara itu dengan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Ahli Parlimen Subang (PKR), R Sivarasa, yang turut menentang cadangan itu, berkata negara ini memerlukan sistem kepolisian yang lebih baik, bukan undang-undang baru dan penggantian EO tidak relevan.

"Polis sudah mempunyai banyak kuasa, hanya mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, polis tidak sepatutnya menyalahkan peningkatan jenayah akibat pemansuhan EO kerana mereka sudah pun diberikan 18 bulan untuk bersedia menghadapi keadaan itu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. cesssss.. kepala putar... dia org jugak bising jenayah tinggi... peleceh polis buat kerja.. ni nak tengok bukti pulak jumlah jenayah.. dah takut. padan muka.. buto mata peguam semua.. senjata haram dah bersepah..tembak sana sini.. jika ada yg tembak hakim peguam tu baru tau..

    takde ISA.. cina la yg melalak.. tu la najib dah ada ISA.. ikut punahsihat.. mkn diri..

    punahsihat tuan hamba tu ada tujuan.. dijolok cina dap gamaknya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping