Rabu, Julai 10, 2013


Wah!!! Tak sangka pulak yang Si Husam Kambing ni ditolak sampai ke Terengganu. Kita ingatkan hanya kepimpinan PAS Kelantan je yang tak nak pada dia.

Ye la. Sebelum nikan Si Husam Kambing tu dah digugurkan dari Exco Kerajaan Negeri. Maknanya, pemimpin PAS di Kelantan memang tak perlukan dia.

Rupanya, di Terengganu pun orang tak suka dengan dia ye. Sampai ada pulak pihak yang mempertikaikan perlantikan dia sebagai Pengarah Pilihan Raya.
PAS Terengganu yang dipimpin oleh Wahid Endut yang juga wakil rakyat DUN Wakaf Mempelam tidak puas hati dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kuala Besut.

Wahid dalam satu sms kepada seorang pimpinan pas Terengganu berkata semasa Pilihanraya Kecil Manek Urai pada tahun 2009, Pas Terengganu tidak dibenarkan terlibat.

Sampaikan poster Presiden Pas pun PAS Terengganu tidak dibenarkan pasang oleh PAS Kelantan, Tetapi apabila tiba PRK melibatkan Negeri Terengganu di Pilihanraya Kuala Besut, orang Kelantan pula yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Kuala Besut.

Wahid yang amat terkilan dengan Pucuk pimpinan Parti meluahkan rasa kekesalan beliau yang merasa Husam Musa tidak sepatutnya diberikan tugasan ini memandangkan beliau bersama ahli jawatankuasa beliau lebih arif berbanding PAS kelantan kerana Kuala Besut merupakan dibawah Negeri Terengganu.

Walaupun belum masuk gelanggang Pas sudah menghadapi masalah, di sebabkan kekecewaan ini penyokong PAS dari Terengganu terutama dari kawasan PAS sendiri memboikot untuk tidak hadir ke Majlis Perisytiharan Calon PRK N.01 Kuala Besut.

Malahan kehadiran yang tidak sampai 1000 penyokong disebabkan boikot ke atas Husam Musa ini akan menjadi satu isu yang berlarutan sepanjang PRK, jika PAS tidak menyelesaikan dengan segara. Kebanyakan yang hadir pada Perisytiharan ini adalah penyokong PAS dari Pasir Puteh Kelantan.
Maka, ada baiknya Si Husam tu pikir semula kedudukan dia sekarang ni. Dah jelas sangat orang Terengganu tak nak pada dia dan kehadiran dia tu dijadikan satu isu.

SH bukan apa. Takut nanti Si Husam Kambing ni dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' bila PAS kalah di Kuala Besut nanti. Mungkin ada orang yang saja nak burukkan nama dia.

Siapa tau ye tak. Sebab sebelum ni, PAS memang dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak yakin untuk menawan kawasan Kuala Besut tu.

Andaikata PAS kalah nanti, siapa lagi yang akan dipersalahkan kalau bukan Si Husam Kambing tu jugak? Sudah la nama dia buruk selepas kalah di Putrajaya. Kalah pulak di Kuala Besut, bermakna Si Husam tu boleh gali dah kubur dia sendiri!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. tu la org yg suka mainkan ayat Allah utk kepentingan peribadi.. akhirnya dia yg dilontarkan sana sini..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping