Sabtu, Julai 06, 2013


Seperti yang SH katakan sebelum ini. Puak - puak Pakatan Haramjadah ni memang tak de idea nak berlawan secara baik dengan orang lain.

Mahu atau tidak, diorang terpaksa jugak guna agenda dan taktik kotor hanya untuk meraih sokongan serta simpati dari kalangan rakyat terhadap mereka.

Mengkala nak harapkan diorang ni berkempen dengan cara yang sihat, jangan mimpi la. Itu semua diluar kemampuan diorang. Nak bagi khidmat pada masyarakat jauh sekali.

Apa yang pasti, puak - puak Pakatan Haramjadah ni akan gunakan apa sahaja alasan yang ada untuk memburuk - burukkan orang lain. Itulah agenda diorang sebenarnya.

Disebalik ketidak yakinan mereka untuk menawan kawasan DUN Kuala Besut, PAS dah siap dengan alasan sekiranya diorang kalah dalam PRK yang bakal diadakan nanti.

Jangan pulak kita nak rasa pelik kenapa PAS keluarkan kenyataan sedemikian. Hakikatnya itu semua taktik diorang untuk meraih simpati.

Andaikata diorang dah bersedia dan benar - benar yakin, bagi la tarikh macam mana sekali pun, diorang dah tentu - tentu akan hadapinya dengan selamba. 

Tapi sebab tak yakin punya pasal, tu sebab la diorang bagi alasan macam ni!!! Kalau dah tak yakin, apa kejadahnya diorang sibuk - sibuk nak bertanding lagi!!! Duduk diam - diam kat rumah sudah la!!! Jangan la nak menyusahkan orang pulak!!!
PAS menganggap penetapan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut membuktikan badan pengendali pilihan raya itu tidak sensitif terhadap rakyat Terengganu.

Pengarah PRK PAS Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat, berkata SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di Terengganu apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu kerana kebiasaan pemimpin PAS tempatan mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.

“Hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada Jumaat. Di Terengganu, Jumaat hari cuti dan pada hari itu kita menghadiri kuliah, belajar ilmu agama. Ini menunjukkan SPR tidak sensitif, kenapa tidak buat hari Sabtu? Ini seolah-olah mahu halang calon pergi kempen,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

“Begitu juga hari pengundian pada hari Rabu yang juga hari bekerja. Keadaan ini akan menyukarkan pengundi luar untuk pulang Terengganu. Adakah kerajaan negeri mahu halang pengundi luar pulang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman tarikh PRK DUN Kuala Besut oleh SPR yang ditetapkan pada 24 Julai ini iaitu pada bulan Ramadan, manakala penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian awal diadakan pada 20 Julai.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping