Wawancara bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dengan Merdeka Online meletakkan Si Ketua Penipu tu dalam keadaan yang cukup gelisah.
Ini kerana wawancara tersebut secara tidak langsung telah mendedahkan beberapa perkara mengenai Si Ketua Penipu tu. Antaranya, dia adalah alat kepada pihak asing.
Si Ketua Penipu tu menjadi cukup terdesak sehingga mencadangkan perjanjian dengan Datuk Seri Najib, dia juga seorang penipu dan dia sememangnya sudah gila.
Bagi membela diri, Si Ketua Penipu tu telah membuat kenyataan di dalam Nanyang Siang Pau bahawa dakwaan tersebut semuanya tidak benar sama sekali.
Jusuf Kalla tidak pernah membuat kenyataan buruk mengenai dia serta tidak pernah diwawancara oleh pihak Merdeka Online.
Dia sendiri telah mengesahkan perkara tersebut dengan bekas Naib Presiden Indonesia itu walhal, penafian itu seharusnya datang dari pihak Jusuf Kalla, bukan dia.
Ini kerana Merdeka Online melaporkan kata-kata Jusuf Kalla, bukan kenyataan dia. Benar atau tidak laporan tersebut, hanya Jusuf Kalla saja yang mampu mengesahkannya.
Malah, Jusuf Kalla juga boleh menyaman Merdeka Online jika terbukti laman tersebut berbohong. Itu yang sepatutnya dilakukan jika laporan itu tidak benar.
Hakikatnya, tentu pedih bagi Si Ketua Penipu tu untuk menerima kenyataan bahawa orang yang dipercayainya, yang dirujuk dan digunakan sebagai perantara, mempunyai pendapat buruk terhadap dirinya.
Lebih memeritkan lagi sekiranya Jusuf Kalla sememangnya bersetuju agar pendapatnya mengenai Anwar itu disiarkan di laman web untuk dibaca oleh semua orang.
Apa yang pasti, sebagai pemerhati, wawancara yang disiarkan oleh Merdeka Online tampak asli berdasarkan susun atur ayat yang tidak terancang.
Selain itu pendedahan yang membabitkan Filipina dan Turki secara dekat dengan Si Ketua Penipu tu merupakan satu maklumat baru yang tidak mengejutkan.
Hubungan rapat dia dengan pemimpin negara itu bukanlah rahsia. Selama ini jarang sekali yang mengaitkan kedua negara itu secara langsung dalam aktiviti Anwar di dalam negara.
Yang sering dikaitkan dengan Si Ketua Penipu tu hanyalah pihak Amerika dan Zionis. Oleh itu, saya berpendapat maklumat seperti ini bukan boleh direka-reka.
Perbincangan mengenai masa depan Nurul Izzah pula menunjukkan yang ia merupakan satu perbualan yang jujur antara dua orang sahabat lama.
Dan sebagai wartawan, Merdeka Online tidak akan mampu untuk mengada - adakan cerita yang sedemikian rupa sifatnya.
Apapun, ini hanya pendapat dan pandangan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian. Seperti yang dikatakan tadi, kebenaran hanya boleh disahkan oleh Jusuf Kalla sendiri.
Penafian Si Ketua Penipu tu dianggap tidak bernilai sama sekali kerana Si Ketua Penipu tu mampu menafikan apa saja walaupun terdapat video jelas yang mengesahkan setiap inci batang tubuhnya. Kalau setakat mengabihkan air liur, baik tak payah!!!
Ps: Tulisan asal dari blog Badut Rakyat
Ps: Tulisan asal dari blog Badut Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.