Khamis, Februari 20, 2014


Bukan la nak tunjuk yang kita ni bagus sangat. Tak de la taraf macam Nora Danish ke, Luna Maya ke. Tapi, inilah hakikat yang sepatut diterima dengan hati yang terbuka.

Kalau dalam dunia pelawak, memang ianya dah jadi lumrah. Bila buat lawak tak kelakar, memang orang akan kritik. Sama jugak dengan nasib Si Nabil tu sebelum ini. Dia pun kena kritik jugak.

Jadi, Si Nyonya Kok tu tak perlu marah pada orang lain diatas nasib yang menimpa dia hari ini. Anggap semua tu sebagai bahan lawak jenaka je. Semuanya nak 'menyindir'. Takkan tak boleh ye tak.

Kot kalau dia boleh bergurau degan cara paksaan suruh orang lain gelak pada jenaka dia yang tak seberapa nak lawak tu, takkan la orang lain tak boleh buat benda yang sama. Tak gitu?

Jadikan ini sebagai pengajaran buat Nyonya Kok. Lain kali kalau nak buat lawak, pastikan lawak tu ada orang gelak. Kalau tidak, jangan nak memandai - mandai. Takut penyudahnya nanti, menyusahkan diri sendiri. Kalau nak jadi Pelawak, jangan sibuk nak jadi wakil rakyat!!!
KUALA LUMPUR: Polis mengesyaki kejadian menyimbah cat merah dan meninggalkan bangkai seekor ayam di pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuchai Entreprenuers, di sini mempunyai kaitan dengan penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar melalui YouTube.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian yang berlaku pada 9.20 pagi tadi di pusat perkhidmatan Ahli Parlimen itu kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 352 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, serangan jenayah dan menyebabkan bencana.

"Kita memandang serius perkara ini dan siasatan sedang dijalankan bagi mendapatkan bukti yang boleh menjurus kepada pengesanan mereka yang melakukan angkara ini," katanya.

Khairi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Kejadian tersebut disedari seorang kakitangannya yang tiba di pejabat kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketika dihubungi, Teresa merujuk kepada gambar tersebut dan berkata: "Ini pasti disasarkan kepada saya".

Teresa yang didakwa terbabit dalam penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014', memaparkan dirinya selaku pengacara program itu menemu ramah tetamu-tetamu yang mengeluarkan kata-kata sindiran antaranya terhadap pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping