Pelakon drama Sharisa Haris Chong meminta bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang telah menyalahgunakan gambar dan maklumat peribadinya melalui laman sosial Facebook palsu agar berhenti daripada menjalankan kegiatan bagi tujuan menipu pengikut laman sosial itu.
Sharisa, 25, berkata, kegiatan jual beli dalam talian yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja membabitkan penjualan barangan tertentu malah dia turut menawarkan perkhidmatan menjual bayi.
"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.
"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar.
"Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu," katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia, di Plaza Damansara, di sini, Selasa.
Tambah Sharisa, selepas mendapat tahu perkara tersebut, dia cuba menghubungi wanita berkenaan, namun gagal. Lebih dahsyat lagi, wanita itu telah menyamar kononnya anak Sharisa Haris meninggal dunia untuk meraih simpati orang ramai dengan niat jahat.
"Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.
"Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu," katanya.
Dalam pada itu, Sharisa Haris juga telah membuat satu laporan di Balai Polis Petaling pada 17 Mac lalu. Perkara tersebut turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baharu.
"Di sebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose baru-baru ini. Ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat," ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tindakan segera dapat diambil.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.