Rabu, Jun 04, 2014


"Seorang dipecat, 5 lagi digantung keahlian". "Pecat Ketua Pengawas, Bukti PKR mampu meREFORMASIkan Pilihan Raya".

Itu boleh jadi tajuk utama dalam mana - mana laman portal yang berkenaan. Jelas, tindakan PKR ni memang membuktikan yang diorang mampu untuk melakukannya.

Terkini, seorang Ketua Pengawas Pemilihan PKR telah dipecat keahliannya, manakala 5 orang lagi digantung sementara menunggu hasil siasatan dijalankan.

Jika sebelum ini, puas dipukul canang seluruh Negara oleh puak - puak PKR ni mendabik dada mempertikaikan sistem pemilihan yang dijalankan oleh SPR.

Kata mereka, SPR ni berat sebelah, SPR ni menyeleweng, SPR ni dan tak Telus dan sebagainya. Namun hakikatnya, diorang pun lagi teruk dari SPR.

Nak jalankan pemilihan parti pun sampai tahap ada yang buang - buang tong undi. Ada yang boleh pangkah kertas undi dalam bilik hotel dan turut berlaku kejadian "Blackout".

Itu belum cerita pasal senarai pemilih yang dipertikaikan oleh ahli sendiri. Dalam senarai ada nama, tapi bila nak pergi mengundi tak boleh pulak. Reformasi menda jadahnya macam tu?

Bab pengundi hantu, calon tak de nama dalam senarai, orang yang tak bertanding pun boleh jadi calon. Semua tu membuktikan PKR telah GAGAL meREFORMASIkan diri mereka.

Tu pun tak termasuk bab 'Kebebasan Bersuara' dan 'Hak Kebebasan Media' lagi. Kalau sebelum ni, diorang tuduh Kerajaan yang halang semua tu.

Diorang kata, Kerajaan tak bagi diorang menggunakan 'Kebebasan Media' dan menyekat 'Hak Kebebasan Bersuara' sepanjang waktu kempen Pilihan Raya. 

Tapi kalau diorang buat dalam parti boleh pulak? Bukan setakat menghalang, malah siap buat ugutan terhadap calon yang bertanding. Itu yang dinamakan sebagai KEADILAN?

Alih - alih, orang lain jugak yang diorang salahkan. Penyudahnya, malu diri sendiri je. Nak mengaku malu. Jadi diorang salahkan 'Gengster' pulak yang buat kecoh.

Eh! Yang sediakan senarai nama pemilih tu siapa? Yang pangkah kertas undi dalam bilik hotel tu siapa? Yang mengamuk terbalikkan tong undi di Kemaman tu siapa?

Yang halang calon dari bertemu dengan pihak media dan membuang nama calon dari senarai kertas undi tu bukan kerja 'Gengster'. Tu semua kerja diorang sendiri.

Nampak sangat tak masuk akal alasan yang diorang berikan. Bila kemaluan mereka dah terdedah, diorang menggelupor tak tentu arah. Lain kali, jangan setakat pandai nak pertikai pasal hal orang lain. Jaga kain sendiri, jangan terbogel ditengah jalan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pecat,gantung,amaran,nanti siapa yang tinggal dalam, PKR.Setelah banyak gambarx yang disiarkan di dalam pemilihan parti,baru saya tahu rupa ramai ahli dari keturunan India.....patutl la.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping