Ahad, Mac 15, 2015

Ketinggian ilmu dan jawatan seseorang itu ternyata tidak mampu untuk membezakan dia dengan orang lain. Belajar je tinggi - tinggi, tapi bodohnya bertingkat - tingkat. Memalukan sungguh!

Biasanya, orang yang belajar tinggi ni, keperibadian dia juga jauh mengatasi orang lain. Tapi tidak bagi seorang yang kini turut bergelar sebagai Ahli Yang Berhormat. Sifat dia tidak berubah.

Bahkan ianya mengalahkan budak yang tak pergi sekolah. Rasanya, budak yang tak pergi sekolah pun pandai hormat pada orang lain, waima dia nak buat teguran kepada mereka secara terbuka.

Itulah gambara jelas kenapa bekas Ahli UMNO merangkap Mantan Timbalan Presiden PAS ni berikan kepada seorang Ahli Yang Berhormat dari kalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Kata dia, Si Ahli Yang Berhormat tu perlu hentikan kenyataan yang melabel orang lain sesuka hati demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri supaya keadaan tidak bertambah buruk.

Malah tindakan menggelarkan sesetengah 'Ustaz' didalam PAS sebagai 'Pengampu kepada Presiden' sebelum ini pun tidak akan mengubah keadaan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sebaliknya, kata Ustaz Nakhaie, tindakan Si Ahli Yang Berhormat tersebut hanya menampakkan budaya PAS yang popular dengan gelaran label - melabelkan orang lain menjelang pemilihan parti.
"Mereka berada di dalam krisis, dan apabila krisis berlaku di antara dua pihak, dan PAS pun sudah biasa dengan melabel-label begitu sewaktu sedang berkrisis dengan Umno, mereka memberi pelbagai-pelbagai label, jadi apabila mereka berkrisis, maka mereka turut menggunakan kaedah yang sama," katanya kepada Antarapos.
Jelas, dari kenyataan yang dibuat itu membuktikan bahawa budaya label - melabelkan orang lain dengan gelaran buruk ini bukan perkara asing bagi parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu.

Tetapi sebaliknya, perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sejak dari dulu lagi. Maka, tak heran la kalau ahli diperingkat bawahan pun boleh terikut - ikut dengan perangai pimpin diperingkat atasan. Mungkin itu 'dakwah Islam' yang diterapkan dalam PAS hari ini!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping