Heh! Apa la nasib rakyat Selangor hari ini ye. Dapat pemimpin pun tak boleh diharap untuk menjaga kebajikan mereka. Sebaliknya, pemimpin hanya mengutamakan kepentingan Politik semata - mata.
Hanya kerana pemimpin nak tunjuk EGO dan mempamerkan sifat SOMBONG serta ANGKUH tak tentu arah sehingga membuatkan rakyat diperingkat bawahan terpaksa merana.
Tapi, apa kan daya. Hasrat Si Pemimpin tu akhirnya terbongkar juga apabila usaha dia untuk mendesak pihak Kerajaan Pusat 'menyembah dan melutut' dikaki dia tidak juga kesampaian.
Penyudahnya kemaluan dia sendiri juga yang terdedah akibat keJAHILan dan keBODOHan yang cuba dipaparkan kepada khalayak ramai kantoi dengan tindakan yang dilakukan.
Pun Si Pemimpin tu masih lagi nak salahkan orang lain yang sebelum ini dituduh cuba nak merampas tanah tanpa mendedahkan sebarang bukti untuk dinilai sendiri oleh rakyat? Memalukan!!!
Sekarang, diorang pulak yang 'Terhegeh - Hegeh' nak mintak supaya tarikh tamat perjanjian berhubung isu pembekalan air di Negeri Selangor tu dilanjutkan atas sebab - sebab tertentu.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh wakil Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali melalui satu kenyataan secara terbuka yang dikeluarkan dalam laman media semalam.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memohon lanjutan selama sebulan bagi tarikh memuktamadkan Perjanjian Jual-Beli penyerahan perniagaan konsesi air Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kepada kerajaan negeri tersebut ke 9 April, menurut Syabas.
Permohonan tersebut akan dibincangkan di peringkat pengurusan Syabas dan PNSB sebelum dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), katanya dalam kenyataan dibacakan Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Lee Miang Koi kepada pemberita selepas Program Pelanggan Prihatin syarikat itu hari ini.
Yang herannya, kenapa kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi PNSB dan bukannya Si Menteri Besar Selangor tu sendiri? Kenapa bukan dia yang buat keputusan untuk buat permohonan tersebut?
Nah! Nampak sangat yang permohonan itu dibuat setelah pelbagai pihak mengkritik tindakan drastik yang dilakukan oleh Si Azmin tu sebelum ini. Jelas, dia tidak memikirkan soal kebajikan rakyat.
Tambahan pulak, selepas pendedahan yang dibuat oleh Si Khalid Ibrahim tu sebelum ini membuatkan Rejim Pakatan Selangor tu semakin menggelupor dan meroyan tak tentu arah. (Klik Sini)
Maka kesimpulannya, nasib rakyat Negeri Selangor pada ketika ini memang cukup menyedihkan kerana ada pemimpin yang hanya sekadar memikirkan soal untuk menjaga kepentingan Politi Peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang peduli pun dengan nasib rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.