Ahad, Mac 15, 2015

Aduhai!!! Makin kronik dah penyakit yang melanda puak - puak PAS ni rupanya. Punya la diorang ni Buta Hati sampai tak dapat nak dibezakan antara yang mana Intan dan yang yang mana Kaca.

Kemaruk sangat diorang nak menjatuhkan Si Hadi Awang tu sebagai Presiden sehingga mereka sanggup mencalonkan orang yang PALING TAK LAYAK untuk berebut jawatan tersebut?

Kalau sebelum ini, ada yang calonkan Si Tuan Berahim tu tahan jugak la. Ada jugak la 'kepimpinan Ulama' pada Naib Presiden PAS tu. Tapi bila diorang pilih Si Husam ni, memang nampak sangat ada benda yang tak kena.

Mungkin mereka yang buat pencalonan terhadap Si Husam ni ada wayar yang terputus dalam kepala otak diorang kot. Tu pasal la diorang buat pencalonan yang tak masuk akal seperti ini.

Kalau betul pun diorang nak menyingkirkan Hadi Awang dari jawatan yang disandang pada ketika ini demi survival Politik Peribadi pemimpin - pemimpin PAS yang lain, cari la calon yang sesuai.

Kalau setakat diorang calonkan Si Husam ni untuk merebut jawatan Presiden, memang tak kemana la PAS selepas ini. Alamat, memang jahanam la agenda perjuangan Islam yang didambakan mereka.

Banyak pulak la 'Projek - Projek MEGA' yang bakal direncanakan oleh Si Husam tu kalau dia dapat pegang jawatan sebagai Presiden. Penuh pulak PAS dengan 'Tugu Peringatan' yang kemudian ditinggalkan usang.

Tapi tak pe. Itu pilihan dikalangan ahli - ahli PAS sendiri. Kita pun nak tengok jugak sejauh mana kemampuan Si Husam tu untuk menjadi Presiden. Adakah dia benar - benar disokong oleh ahli diperingkat akar umbi?

Adakah Si Husam tu berani menyahut cabaran dan bersedia nak merebut jawatan Presiden tu dari Hadi Awang sedangkan kredibiliti dia sendiri pun menjadi pertikaian dikalangan ahli?

Atau, adakah Si Husam tu akan membuat keputusan untuk menarik diri dari bertanding bagi jawatan tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh Si Tuan Berahim tu sebelum ini?

Daripada bagi jawatan Presiden ni kepada Si Husam, baik la PAS bagi jawatan tu kepada Si Mahfuz Bean. Setidak - tidaknya, boleh jugak Si Mahfuz Bean tu jadikan PAS sebagai 'Penghibur' dalam Pakatan!!! Takde la diorang sibuk asyik nak berpolitik 24 jam!!! Hahaha...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping