Memang semakin hebat pergelutan dalaman yang sedang melanda puak - puak PAS tu pada ketika ini. Sekarang kita boleh lihat sejauh mana 'Islam' nya diorang dengan mata kita sendiri.
Jika semalam dilaporkan melalui laman - laman media mengenai berita salah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat diserang dan dipukul sewaktu dalam perjalanan balik dari solat subuh.
(Artikel Berkaitan: AJK PAS Kena Pukul? Ini Mesti Kerja UMNO!!!)
Katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tu telah dipukul oleh orang PAS sendiri. Tapi ada juga pihak yang menafikan dakwaan tersebut dan menuduh orang luar yang sengaja mengambil kesempatan.
Malah tuan punya badan pun memberikan respon yang sama terhadap apa yang menimpa dirinya. Tetapi dalam masa yang sama menolak sebarang spekulasi yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.
Menurut kata tuan punya badan, dia hanya akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak Polis supaya mereka menjalankan siasatan berhubung isu serangan tersebut semalam.
Tapi, kalau kita tengok respon yang diberikan oleh mereka yang Pro PAS, ada yang menyifatkan tindakan itu sengaja digembar - gemburkan oleh Si Tuan Punya Badan untuk meraih simpati.
Perkara itu dapat kecaman dari kalangan Macai yang menyokong Si Tuan Punya Badan sehingga tahap sanggup mereka melabelkan ahli dikalangan mereka sendiri sebagai 'Syaitaniah'.
Itu membuktikan betapa teruknya keadaan Politik dikalangan puak - puak PAS tu pada ketika ini. Sampai sanggup dikeluarkan ungkapan tersebut dikalangan jemaah mereka sendiri.
Tapi tak heran la kalau ahli diperingkat bawahan boleh memberikan pandangan sedemikian buruk terhadap orang lain sedangkan sebelum ini, pemimpin diorang pun dok asyik buat benda yang sama.
Hanya semata - mata ada dikalangan mereka yang tak menyokong kepimpinan Ulama yang menerajui PAS pada ketika ini, sanggup diorang hina jemaah dengan panggilan sedemikian?
Semuanya kerana apa? Kerana kemaruk nak menuruti kehendak dan kemahuan orang lain sehingga dasar perjuangan parti pun turut diabaikan demi kepentingan Politik Peribadi sendiri. Pun lagi diorang harap orang nak sokong diorang? Mimpi aje la!!!
Dua kali lima dorang dua dua pihak ni....
BalasPadam