Jumaat, Mac 06, 2015

Kalau bagi sesetengah pihak, melabelkan seorang pemimpin tertinggi macam Si Menteri Besar Selangor yang baru tu sebagai MUNAFIK, bunyi agar keterlaluan dan tak sesuai digunakan.

Tapi hakikatnya dia memang sering kali menonjolkan sifat MUNAFIK dia depan orang ramai dan dilakukan secara terang - terangan tanpa ada rasa malu dengan tindakan yang dilakukan.

Jika sebelum ini, keputusan Si MB Selangor yang baru tu untuk membatalkan pembinaan projek Kidex mendapat respon negatif dari pelbagai pihak termasuk penduduk dikawasan sekitar.

Mereka anggap keputusan yang dilakukan oleh Si MB Selangor tu sebagai satu tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan kerana mengabaikan kepentingan rakyat diperingkat bawahan.

Bahkan ada juga dikalangan rakyat Selangor sendiri meluahkan rasa hairan kenapa Si MB Selangor yang baru tu hanya sekadar membatalkan projek Kidex tetapi tidak projek Datum Jelatek?

Adakah keputusan yang dibuat itu hanya sekadar mahu memenuhi tuntutan puak - puak DAPigs yang sebelum ini lantang mempertikaikan projek pembinaan tersebut atas dasar kepentingan mereka?


Mungkin dek kerana kuat diasak dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak membuatkan Si MB Selangor tu menjadi semakin tertekan sehingga tahap terpaksa dia jadi seorang MUNAFIK.

Semalam, Si MB Selangor tu keluarkan kenyataan menafikan yang dia pernah buat sebarang pengumuman untuk membatalkan pembinaan projek Kidex itu daripada terus dilaksanakan.
“Ada dua beza, bukan batalkan projek tetapi batalkan pembangunan kerana itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Soal tanah, soal kelulusan, itu kuasa kerajaan negeri. 

“Kita membatalkan pemba­ngunan kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat maka Menteri Kerja Raya menulis surat memaklumkan bahawa kementerian telah dibe­ritahu bahawa pembangunan ini dibatalkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).
Nah! Sekarang dah nampak sangat yang Si MB Selangor tu jenis manusia yang Cakap Tak Serupa Bikin. Semalam cakap lain, hari cakap lain persis seorang MUNAFIK sedang bercakap.

Kalau kita baca kenyataan yang dia buat tu pun nampak sangat berputar - belit demi untuk MENIPU dan memper-BODOH-kan rakyat diperingkat bawahan secara terang - terangan.

Atau, adakah dia nak salahkan pihak media yang 'Tersalah Lapor' sehingga menimbulkan persepsi bahawa Rejim dibawah pimpinannya nak membatalkan projek tersebut? Kalau itu alasannya, memang sah la Si MB Selangor ni seorang pemimpin yang MUNAFIK!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. cacatan ringkas : selepas GE12 saya masih bekerja dgn sebuah pemaju utama di Pulau Pinang (nama pemaju mula dgn huruf I) ok mcm ni selepas satu minggu LGE jadi CM kluar satu arahan dr pejabat CM semua kerja pembangunan dihentikan (stop work order) nak tau pasai ape supaya senang berjumpa dgn mereka tak payah susah hantar surat,email semua tak payah mereka akan p jumpa CM sama le dgn MB Selangor ni taktik yg sama (boleh cukup utk belanja himpunan jalanan ha ha ha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping