Isnin, Mac 09, 2015

"Pemaju tak ikut 'syarat - syarat' yang diberikan...". "Kita bukan batalkan projek, cuma batalkan pembinaan..." Itu diantara alasan yang diberikan oleh Si MB Selangor tu.

Apa yang jelas, alasan yang diberikan tu hanya sekadar satu cubaan untuk menutup kenaluan dirinya sendiri dari mendedahakan perkara sebenar mengenai pembinaan projek KIDEX tu.

Realitinya, ramai dikalangan rakyat Selangor sendiri yang melahirkan rasa curiga mereka terhadap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Si MB Selangor tu berhubung isu projek tersebut sebelum ini.

Kenapa Si MB Selangor berubah - ubah pendirian sedangkan sebelum ini dia sendiri yang buat pengumuman berkaitan dengan pembatalan pembinaan projek Lebuhraya Kidex tersebut?

Tindakan yang dilakukan itu memperlihatkan bahawa Si MB Selangor tu 'flip flop' dalam membuat keputusan berhubung isu yang ada kaitan dengan agenda Langkah Kajang tu sebelum ini.

Persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat, apakah syarat - syarat yang dimaksudkan oleh Si MB Selagor tu? Syarat apa yang didakwa GAGAL dipenuhi oleh syarikat konsensi berkenaan?

Adakah benar sepertimana yang didakwa oleh Si Chagubard sebelum ini berhubung isu pembinaan projek tersebut? Betul ke 'kantung' Si MB Selangor tu dah penuh membuatkan dia ubah fikiran?


Apa yang pasti, sudah pasti persoalan itu kian menjadi tanda tanya dikalangan rakyat apabila Si MB Selangor tu dilihat tidak serius dalam menangani isu pembinaan lebuhraya tersebut.

Nak pulak bila Si MB Selangor tu sendiri mendedahkan kepada umum bahawa pihak dia sendiri pun belum menentukan sebarang tarikh untuk bertemu dengan Menteri Kerja Raya bagi menyelesaikan isu tu. 

Jika dia benar - benar nak selesaikan isu tersebut, sudah pasti perkara itu akan diberi keutamaan. Tapi, kenapa pulak dia sendiri yang nak lengah - lengahkan perkara tersebut? Kenapa dia nak tangguh? Kan nampak sangat dia hanya sekadar main wayang je!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. tak penuhi syarat utk penuhkan tembolok dia jer tu....kesian rakyat selangor yg mempunyai MB bermentaliti putar alam.....

    BalasPadam
  2. Anwar trained! What good can you expect?

    Dilatih olah Anwar! Apa baik darinya yang boleh dijangkakan?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping