Isnin, Mac 09, 2015

Nampak gayanya, melopong la puak - puak Pencacai PASMa tu bila membaca berita dibawah ni. Jahanam la segala harapan mereka untuk menimbulkan kekecohan didalam PAS.

Malah hasrat mereka untuk memenuhi kehendak 'Tuan Besar' DAPigs untuk menggagalkan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tu pun tidak akan menjadi kesampaian.

Semalam PAS dah umumkan calon mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka. Pengumuman itu dibuat oleh Si Tuan Ibrahim di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan.
KOTA BHARU - Bendahari Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmod, 43, dinamakan calon Pas di Dun Chempaka bagi meneruskan legasi bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Pengumuman itu dibuat Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik)  semalam. 

Turut bersama Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Tapi, apa yang menghairankan ialah apabila majlis pengumuman itu tidak dihadiri oleh Husam. Ianya menimbulkan seribu satu persoalan, kenapa dia tiba - tiba saja menghilangkan diri?

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam itu membuktikan bahawa dia bukan sahaja tidak setia kepada parti, malah dia juga tidak menghormati Allahyarham Nik Aziz.

Sepatutnya, sebagai satu penghormatan untuk bekas Mentornya itu, Si Husam tu sendiri yang turun dan mengumumkan calon yang akan bertanding di DUN tersebut dan bukannya orang lain.

Nak pulak Si Husam tu juga merupakan seorang Naib Presiden PAS seperti Si Tuan Ibrahim Tuan Man tu juga. Tapi, kenapa pulak dia tak hadir dalam majlis penguman tersebut?

Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Husam tu sendiri tidak akur dengan keputusan serta ketetapan yang telah dilakukan oleh kepimpinan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil itu nanti?

Sedangkan pada ketika ini, isu berhubung kesetiaan dan ketaatan ahli serta pemimpin kepada parti menjadi persoalan utama didalam PAS yang dibangkitkan dikalangan rakyat diperingkat bawahan.

Maka Si Husam tu sendiri perlu tampil dan menjelaskan dirinya kepada rakyat. Adakah dia juga tergolong dalam golongan Pengkhianat yang hanya berjuang demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri? Korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mat Sabo pun tak hadir?

    BalasPadam
  2. Mike Saboo di london...
    Tak mau balik lagi kot..


    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping