Ternyata, agenda disebalik keputusan 'Flip Flop' yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu mempunyai agenda tersembunyi yang sengaja tidak mahu didedahkan kepada umum.
Jika sebelum ini, Si Chagubard tu tampil dengan membuat pendedahan terbuka kononnya ada pihak tertentu yang mendapat habuan daripada isu pembinaan projek Lebuhraya Kidex tersebut.
(Artikel Berkaitan: Kenapa Azmin Didesak Dedahkan Harta!!!)
Kalau kita perhatikan dari satu sudut, kemungkinan berlaku perkara itu memang wujud walaupun ianya dinafikan oleh Si MB Selangor tu sendiri. Dan kini dia cuba nak elak dari menjawab isu yang dibangkitkan.
Namun, dari kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu hari ini, dia sendiri menyatakan bahawa ada sebab lain kenapa dia mengambil tindakan membatalkan projek tersebut.
Apa yang pasti, keputusan dan tindakan yang dilakukan bukannya untuk menjaga kebajikan atau pun kepentingan rakyat disekitar kawasan tersebut. Sebaliknya untuk menjaga EGO Si MB Selangor tu sendiri.
Kata Si Menteri Besar Selangor tu, tindakan yang dilakukan itu hanya sekadar mahu mendesak pihak yang terlibat untuk memenuhi kehendak dan syarat yang telah ditetapkan oleh dia.
"Sama seperti projek Kidex... selepas dibatalkan baharulah Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang mengenai pelan pengangkutan awam," katanya.
Dari apa yang cuba dijelaskan oleh Si Azmin tu memang jelas. Lepas dia batalkan projek Kidex tu, baru la Menteri Kerja Raya 'Terhegeh - Hegeh' nak datang berbincang dengan dia.
Bermakna dalam erti kata lainnya, Si Azmin tu hanya sekadar nak menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa dia mempunyai kuasa besar untuk mendesak pihak Kerajaan Persekutuan.
Dan sedar atau pun tidak, Si Azmin Ali tu juga turut mencuba taktik yang sama dalam isu berhubung perjanjian Air Selangor. Dia hanya nak Kerajaan Pusat datang sembah kaki dia dulu.
Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Azmin tu hanya mementingkan soal menjaga Ego serta menonjolkan Kesombongan dia sebagai seorang pemimpin dan tidak mengendahkan keperluan rakyat?
Adakah dengan menonjolkan keegoan serta kesombongan dia secara terbuka akan membuatkan rakyat lebih menghormati dirinya sebagai seorang pemimpin dan menyelesaikan masalah mereka?
Kesimpulannya, Si Azmin Ali tu memang seorang pemimpin yang tidak mempedulikan lansung kebajikan rakyat dibawah pemerintahannya. Dia hanya lebih mengutamakan agenda untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia je!!!
sungguh bertuah rakyat selangor punyai MB spt ini....selamat minum air lombong lagi ler macam tahun lepas..
BalasPadamItu pun kalau ada ayaq lombong...kalau tak dak, suroh ASSmin 'Aiskrim' Ali pi import 'NewWater' dari Singapork....adalah chance orang Selangor minum ayaq kencing dan nanah cina sana pulak...kahkahkah
PadamAir lombong kan sodap...
BalasPadamEx Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim otak CEO ambil langkah tak laksana politik provokatif kerana beliau berperanan MB dan bertanggungjawab mensejahtera rakyat Selangor.
BalasPadamDia mintak bebaskan kekasih bininya dulu......
BalasPadamdia nak jatuhkan azizah sebagai presiden pkr.....dia tengah lobi pengikut pkr bodoh konon dia pejuang rakyat macam mentor dia seoang peliwat.....azmin tengah main wang cina dap.......lepas ni budget dap untuk anwar bagi jahanamkan orang melayu akan gi kt azmin plak....kesian kak jah dh kena main dengan 2 jantan skali.....ahhhh sakitnya
BalasPadam