Dari kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan ini, maka jelaslah bahawa PAS bukan la sesuci seperti yang digambarkan selama hari ini. Diorang bukan la Maksum sangat.
Hakikatnya, segelintir pemimpin PAS hanya cuba memperdayakan rakyat dengan mempamerkan watak 'Alim' dan 'Warak' sebagai topeng untuk meraih sokongan dari kalangan rakyat.
Secara realitinya, PAS cuma sebuah parti Politik yang mempergunakan Islam demi untuk mencapai cita - cita Politik mereka semata - mata. Bukannya diorang nak menegakkan Islam.
Jika benar PAS ingin menegakkan Islam, kenapa mereka mengabaikan tuntutan syariah untuk menegakkan Kebenaran dari pendedahan terhadap konspirasi yang sedang melanda parti?
Kenapa mereka mengenepikan yang Hak demi untuk melindungi perkara yang Batil? Bukankah itu konsep dan slogan yang selama ini menjadi salah satu tuntutan didalam Islam?
Bagaimana mereka boleh menjalankan siasatan terhadap konspirasi yang dijalankan oleh pemimpin berkenaan untuk menjatuhkan Hadi Awang dengan melantik mereka yang turut terlibat?
Jelas, PAS bukan sahaja mengabaikan konsep dan slogan 'Amar Makruf Nahi Mungkar'. Tetapi mereka juga turut menolak hukum Fiqh dalam mentaati pemimpin atasan mereka sendiri.
Apa yang pasti, pendedahan yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan tu sebelum ini berhubung konspirasi tersebut hanya sekadar di-Tong-Sampah-kan oleh kepimpinan PAS Pusat.
Diorang hanya sekadar mempersendakan pendedan tersebut dan anggap ianya sebagai satu bahan lawak jenaka yang boleh diperlekeh - lekehkan. Bukannya diorang ambik serius sangat pun.
Maka persoalannya sekarang, dimana letaknya konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' yang selama ini dilaung - laungkan oleh pemimpin PAS? Adakah ianya juga diibaratkan sebagai Sampah?
Jika selama hari ini, pemimpin PAS seperti Mahfuz, Husam, Khalid Samad, Mujahid Rawa dan sebagainya seringkali mempertikaikan ketelusan pihak Kerajaan. Tapi bila kena batang hidung sendiri, Kecut Buah Kerandut diorang untuk menjelaskannya kepada rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.