Rabu, Mei 27, 2015

Heh! Masih kelakar jugak Si Arti Lelaki ni walaupun dia dah lama menarik diri dari bidang lakonan. Takde la macam sorang Pak Lawak yang berlagak sombong tak tentu arah tu sebelum ini.

Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Artis Lelaki ni, sudah pasti kita akan dapat memahami apa yang cuba nak disampaikan. Pedih dan pedas sindiran yang diberikan.

Tapi, dah tentu - tentu sindiran yang dilemparkan oleh Si Artis Lelaki tu tak dapat difahami jika dalam kepala otak tu penuh dengan sampah sarap dan taik puak - puak Pro Pakatan Haramjadah tu.

Memang malang bagi mana - mana 'Ahli Biasa' yang masih lagi duduk dalam parti tu dan berfikir kononnya parti tu hanya mampu diselamatkan oleh mereka yang tak faham lansung tentang perjuangan parti.

Bagi Si Artis Lelaki tu, orang yang sedemikian layak untuk mintak 'Pemandu' berhentikan 'Kenderaan' dan turun jalan kaki sekiranya mereka anggap 'Pemandu' sekarang ni tak reti memandu.

Si Artis Lelaki tu mintak mana - mana Ahli PAS yang terbabit memahami bahawa mereka sebenarnya ibarat penumpang sebuah kenderaan yang sedang dipandu oleh pemimpin yang cekap dan tahu arah tuju perjalanan.
“Tak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti untuk menjalani major servis (Pemilihan PAS). Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.


“Makanya selepas major servis nanti, Kita tetaplah menjadi penumpang yang patuh dengan peraturan perjalanan kenderaan Kita. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Si Artis Lelaki tu jugak turut mengingatkan mana - mana Ahli Biasa yang nak tukar 'Pemandu' baru hanya akan membuatkan 'kenderaan' yang mereka naiki menjadi cepat rosak dan lusuh.
“Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, janganlah nak bina kenderaan baharu dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung,” sindirnya.
Maka kesimpulannya, kalau ada dikalangan "AHLI BIASA" PAS yang ghairah dan berangan - angan nak jadi 'Pemandu Baru' kepada 'kenderaan' yang sedang bergerak ketika ini tapi terpaksa ikut 'Pandu Arah' orang luar, memang alamat sesat la jawabnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping