Rabu, Mei 27, 2015

Kalau diikutkan hati, sepatutnya pihak Kerajaan meng-'HARAM'-kan terus operasi Bauxide di Negeri Pahang ni. Dengan cara tu, baru la meroyan puak - puak Pakatan Haramjadah tu dibuatnya.

Tinggal lagi, pihak Kerajaan masih lagi mengambil pendekatan tegas terhadap pengusaha - pengusaha Bauxide ni supaya mereka mematuhi langkah - langkah penguatkuasaan yang dijalankan. (Klik Sini)

Apa yang pasti, langkah - langkah penguatkuasaan yang telah diumumkan semalam membuktikan komitmen tinggi pihak Kerajaan terhadap isu yang dibangkitkan oleh rakyat diperingkat bawahan.

Cuma yang kita rasa pelik, kenapa pulak dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah yang menjadi wakil rakyat dikawasan yang terlibat tak mendesak Kerajaan menutup operasi yang sedang dijalankan?

Kenapa didalam sidang Dewan Undang Negeri, mereka pulak yang dilihat seolah - olah mahu operasi itu diteruskan dan mengakui pihak Kerajaan dah ambik tindakan sewajarnya terhadap pengusaha?

Perkara itu jelas dapat kita lihat apabila tuntutan - tuntutan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri pun tidak kedengaran seperti sebelum ini. Kenapa diorang tak suruh tutup je operasi tu?

Apa yang disuarakan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu didalam sidang DUN tidak seperti mana pendirian yang mereka buat sebelum ini terhadap pembinaan kilang Lynas di Gebeng.

Kalau dalam isu Lynas dulu, benda yang diorang tak nampak pun diorang boleh kata ianya bahaya dan mencemarkan alam sekitar. Tapi isu Bauxide ni berlaku depan mata. Kenapa diorang tak buat dakwaan yang sama?

Yang lebih IRONIKnya, bila didepan rakyat, lain pulak. Mereka jugak yang mengadu domba mendakwa seolah - olah pihak Kerajaan tak ambik sebarang tindakan terhadap isu yang berbangkit.

Hakikatnya, puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri sedar, isu berkaitan dengan Bauxide ni turut melibatkan rakyat dikawasan mereka sendiri. Ianya memberi pendapatan tambahan kepada rakyat yang berkenaan.

Disebabkan Bauxide ni ada kaitan dengan tanah milik persendirian dikalangan rakyat, maka diorang takde la nak bertindak mendesak pihak Kerajaan agar mengharamkan terus isu tersebut. 

Kalau tidak sudah pasti rakyat yang kebanyakkan terlibat dalam industri Bauxide tu sendiri akan memberontak. Takkan pulak wakil rakyat dikalangan Pakatan Haramjadah ni nak tutup periuk nasik rakyat dikawasan mereka sendiri.

Malah ada jugak dikalangan rakyat yang kata, wakil Pakatan Haramjadah tu sendiri pun terlibat sama. Siapa tau, ye tak? Mungkin sebab itulah diorang dilihat lebih 'berlembut' dalam tuntutan yang dilakukan. Kalau tidak, mungkin Si Fuziah tu sendiri dah meroyan tak tentu arah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping