Isnin, Mei 25, 2015

Bila kita tengok dari satu sudut, memang kita sangat mengakui kenyataan yang dikeluarkan oleh artis yang dilahirkan dari program Realiti Televisyen ni. Apa yang dinyatakan memang ada kebenarannya.

Memang betul sangat apa yang dia sampaikan sebelum ini. PAS memang GAGAL untuk mentarbiayah orang lain agar lebih mendekati Islam. Tengok pada diri dia sendiri pun cukup la.

Diri Si Leman tu sendiri pun boleh dijadikan sebagai bukti bahawa PAS telah GAGAL secara TOTAL untuk mendidik pengikut - pengikutnya agar lebih berhemah dan tidak menggunakan bahasa kasar terhadap orang lain.

Dan jika selama hari ini, kita kata puak - puak Parti Angguk Saja tu suka melabelkan orang lain dengan kata - kata kesat, diorang kata kita sengaja nak memburukkan nama baik parti itu sendiri.

Tapi bila kita tengok perangai puak - puak PAS tu sendiri pun, ianya tetap tidak memberikan kita gambaran sebaliknya. Malah, ianya menguatkan lagi dakwaan bahawa diorang ni suka melabelkan orang lain.

Bahkan sifat suka label - melabelkan orang tu dah menjadi satu kebiasaan dikalangan puak - puak PAS tu sendiri. Dan perkara itu bukannya berlaku baru semalam. Tapi dah lama berlaku.

Maka sekarang kita dapat lihat betapa RETORIKnya perangai Si Leman tu sendiri. Dia kritik orang lain yang memberikan label 'Kafir' sedangkan dia sendiri pun dok buat benda yang sama.
"Lebai-lebai mercun ni tak suka berbaik dengan orang bukan Islam sebagai medan dakwah ukhwah sebaliknya mengkafirkan mereka secara lantang tanpa menghormati sentiviti agama.


"Apabila diangkat menjadi pemimpin, mereka hanya pandai bercakap bab dakwah, Islam dan sebagainya tapi langsung tidak turun ke akar umbi melihat nasib rakyat bawahan," katanya pada Isnin.
Soalnya, adakah Si Leman tu terasa yang diri dia lebih 'Maksum' dari orang lain sehingga dia boleh melemparkan label "Lebai Mercun" kepada mana - mana pemimpin atau ahli PAS sesuka hati dia je?

Adakah Si Leman tu rasa yang dia sudah cukup ilmu agama jika nak dibandingkan dengan "Lebai Mercun" yang didakwa baru balik dari Mesir tu hanya kerana dia masih lagi seorang Ahli PAS yang sah?

Dimana letaknya sifat hormat menghormati dikalangan masyarakat yang menjadi tunjang kepada perjuangan parti itu selama hari ini? Adakah sifat tatasusila itu sudah tidak menjadi asas kepada Islam?

Apa yang jelas, tindakan Si Leman tu sendiri pun tidak mencerminkan keperibadian seorang umat Islam yang sejati. Dah elok - elok jadi manusia, jangan pulak Si Leman tu nak jadi Ketam pulak!!! Kot nak ajar orang berjalan lurus, diri sendiri jangan berjalan senget!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping