Isnin, Mei 25, 2015

Buat demo setengah hari, ambik gambar dan lepas tu balik...
Adakah tindakan yang mereka lakukan tu mampu selesaikan masalah??? 
Inilah masalahnya bila ada dikalangan ADUN Pakatan Haramjadah tu hanya sekadar RETORIK bila masuk dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan nak berbicara soal rakyat.

Memang diakui, isu mengenai pencemaran Bauxide yang berlaku dibeberapa kawasan sekitar Kuantan sebelum ini semakin bertambah rumit. Dan REALITInya, perkara itu tidak dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.

Namun, biarpun pelbagai usaha sudah diambil oleh pihak berkuasa terhadap pengusaha - pengusaha yang engkar dengan tindakan yang dilakukan, masih ada jugak dikalangan mereka yang berdegil.

Dikalangan pengusaha - pengusaha yang rakus dan tidak beretika tu yang membuatkan pencemaran Bauxide menjadi semakin berleluasa sehingga menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat.

Dan hakikatnya, kemarahan dikalangan rakyat tu yang dijadikan bahan Politik oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu dengan mengambil tindakan mengadakan demonstrasi 'Blockade' sebelum ini. (KLIK SINI)

Didalam sidang DUN, perkara itu turut menjadi bahan ucapan dikalangan ADUN puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang lantang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Cuma bezanya sewaktu didalam sidang DUN, pandai pulak diorang mengakui bahawa pihak Kerajaan Negeri dah ambik tindakan yang sewajarnya terhadap pengusaha - pengusaha terbabit.

Tapi, kenapa diluar dewan, mereka tak menyatakan perkara sedemikian? Kenapa pulak diorang tak jelaskan kepada rakyat mengenai tindakan - tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan?

Hakikatnya, diorang tak terangkan kepada rakyat bahawa punca pencemaran itu berlaku adalah disebabkan pengusaha - pengusaha TAMAK yang tak mahu mengikut arahan yang telah dikeluarkan.

Sebaliknya, diorang pulak yang jadi batu api, menghasut rakyat dengan menyalahkan pihak Kerajaan yang kononnya tak ambil tindakan dan sekaligus melemparkan persepsi Negatif terhadap pihak berkuasa.

Jika benar mereka menghargai tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri, kenapa mereka tak bantu jelaskan kepada rakyat mengenai tindakan yang telah diambil? Kenapa diorang tak sebarkan maklumat yang diberikan?

Sehingga artikel ini diterbit, sudah sebanyak 43, 278 buah lori telah dikenakan tindakan. Dan dari jumlah tersebut, sebanyak 1, 394 buah telah pun disita oleh pihak berkuasa diatas pelbagai kesalahan.

Takkan mungkin mereka dikalangan ADUN Pakatan Haramjadah tu tak tau mengenai perkara tersebut? Atau adakah mereka hanya sekadar mahu melihat keburukan dan sengaja membutakan mata dari melihat perkara yang BENAR didepan mata kepala diorang sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping