Kalau yang diselak tu cantik takpe jugak. Ini tidak. Penuh Kurap!!! |
Inilah yang dikatakan sebagai pemimpin - pemimpin yang MUNAFIK. Bila didepan, dia tunjuk baik. Tapi dibelakang, habis - habisan semua orang dia nak tikam demi kepentingan dirinya sendiri.
Sebelum ini, Facebooker Pro Ulama PAS, El Haraki menyifatkan Si Din Pudu ni sebagai ‘Pembunuh Senyap’ apabila menggunakan bahasa halus mahu menukar Presiden PAS, Hadi Awang atas nama 'Demokrasi'.
“Beliau ada mengatakan bahawa suara akar umbi mahukan Presiden PAS ditukar, jika kita perhatikan jumlah pencalonan yang diterima oleh Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) jauh meninggalkan Ustaz Ahmad Awang (UAA) dari segi pencalonannya selaku Presiden PAS.
“Nyata hujah songsang cuba dimainkan oleh Salahudin Ayub untuk mempengaruhi perwakilan supaya memilih UAA sebagai presiden baru. Beliau cuba mengalih perhatian kononnya majoriti ahli PAS seolah-olah hilang kepercayaan kepada TGHH.
“Seandainya beliau mengatakan penukaran Presiden bukan bererti hilang kepercayaan kepada TGHH, maka apakah dengan alasan ahli perlu berfikir positif untuk menukar presiden sudah memadai untuk melenyapkan tanggapan hilang kepercayaan tersebut? Andai kita perlu fikir positif sudah pasti perbandingan diantara kemampuan dan keupayaan TGHH dan UAA wajar dilakukan.
“Jika dilakukan perbandingan sudah semestinya TGHH wajar terus dikekalkan sebagai Presiden jauh meninggalkan UAA. Dari faktor usia TGHH jauh lebih muda dari UAA, dari sudut ilmu TGHH jauh lebih terkehadapan.
"Dari sudut penerimaan global TGHH diterima hingga ke seluruh dunia meninggalkan UAA yang hanya dikenali oleh rakyat Malaysia, dari sudut pengalaman pula nyata TGHH sudah pastinya sarat dengan pengalaman memimpin bukan sahaja PAS malah hingga ke Kesatuan Ulamak Islam dunia meninggalkan UAA yang hanya mentadbir urus didalam Malaysia itupun baru sahaja muncul setelah lama menyepi,” dedah El haraki yang memetik kenyataan Mohd Azuan Nawi dari Kota Bharu, Kelantan.
Malah, Si Din Pudu tu juga turut digambarkan melakukan penipuan secara subversif di sebalik imejnya sebagai seorang pemimpin yang mempunyai watak ‘Mr Clean’ dikalangan ahli.
“Adalah lebih baik Salahudin Ayub menyatakan terus sokongannya kepada UAA supaya perwakilan bertindak bijak untuk menunjukkan pintu keluar kepada Salahudin Ayub dari kerusi jawatan tertinggi.
"Apa guna kita menyimpan pimpinan yang tidak mempercayai kemampuan Presiden sendiri. Kenapa harus kita bagi undi kepada orang yang cuba menipu ahli dengan bertopengkan karektor sebagai “Mr Clean”.
Maka kesimpulannya, PAS tidak perlu lagi simpan pemimpin - pemimpin yang suka bermuka - muka macam Si Din Pudu ni dikalangan mereka sendiri. Dia sepatutnya diajar bagaimana nak beradap bila duduk dalam jemaah!!!
Sama je macam Mddin.Pendek kata mana-mana parti pun asalkan mejoriti ahli nya adalah Melayu,begitulah mereka, suka tikam menikam sesama sendiri.Sementara itu orang lain senyap-senyap mengukuhkan kumpulan mereka.
BalasPadamOrang Melayu berebut-rebut nak jadi pemimpin,pada hal siapa pun yg jadi pemimpin ,hakikatnya kedukan Melayu sama saja.Orang Melayu cukup pandai mencari kelemahan pemimpin,tapi kelemahan mereka sendiri merka lupa nak selak.Itulah jadinya mereka bercakaran sesama sendiri dengan galakan tepuk sorak org lain yg terus merembat kekayaan negara sementara Melayu berbalah.
Dalam Umno pula Melayu berbalah juga,kerana ada puak yg rasa diri mereka sudah ketinggalan dalam pembahagian kekayaan negara,lalu di timbulkannya lah pelbagai isu yg entah ia entah tidak,kerana mereka sendiri pun baru bertanya bukan mengeluarkan bukti,tapi tanpa bukti pun mereka mahu juga pemimpin di tukar tentulah ketangan puak mereka.Yng jadi mangsa nanti sudah tentulah rakyat biasa ,yg tak tahu apa-apa.