Terbaik! Nampak gayanya pemilihan PAS kali ini lebih teruk dari sebelum ini. Kalau dulu, mengadu domba, menyebarkan fitnah dan mendakwa orang lain sebagai pembohong tak pernah timbul
Tapi kali ini, dakwaan mengenai pembohongan berlaku disana sini sampai kita sendiri pun tak tau siapa yang bercakap benar dan siapa sebenarnya yang menipu secara terang - terangan.
Kali ini, giliran Si Nik Abduh, calon Ketua Pemuda PAS Pusat pulak yang didakwa menipu berhubung kenyataan yang dikeluarkan mengenai 'Wasiat' Allahyarham Nik Aziz berhubung isu Hudud dan UMNO.
Kata Si Khalid Samad, dia cukup mencurigai kenyataan kononnya bekas Mursyidul Am PAS tu pernah meninggalkan pesanan supaya parti itu menjalinkan hubungan baik dengan UMNO.
Justeru Si Khalid Samad tu menggesa agar ahli dan penyokong PAS supaya tidak mempercayai maklumat yang disampaikan Si Nik Abduh tu berhubung dakwaan pesanan Arwah Nik Aziz di akhir hayatnya itu.
“Saya tak tahu apa yang disampaikan adalah tepat atau sebaliknya. Tapi saya rasa rekod ucapan dan pendirian tok guru cukup banyak untuk dirujuk.
“Tak payah nak bersandarkan kepada pihak ketiga. Video, ucapan dan tulisannya cukup banyak. Jadi bila ada yang kata saat-saat dah nak meninggal tiba-tiba dibisik supaya suruh kerjasama dengan Umno, saya sangat curiga,” katanya ketika berucap pada forum bertajuk ‘Meneruskan Legasi Tuan Guru Nik Aziz’ di sini, Selasa malam.
Pandangan Khalid itu sekaligus menolak pengakuan yang dibuat oleh Nik Abduh bahawa bapanya pernah berpesan supaya mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan Hukum Hudud.
Sebelum ini, dilaporkan Nik Abduh mendedahkan bahawa bapanya berpesan kepadanya supaya memastikan wujud kerjasama antara PAS dengan Umno untuk memartabatkan agenda Islam.
Cuma ada dikalanga puak - puak PAS tu sendiri yang berpendapat, pemimpin Pro Liberal seperti Si Khalid Samad tu sekadar cuba nak memburuk - burukkan imej Si Nik Abduh ni secara terbuka.
Semuanya hanya kerana semata - mata nak memastikan anak buah mereka seperti Si Suhaizan tu kekal menjadi Ketua agar mudah untuk dicucuk lobang hidungnya dan mengikut kehendak mereka.
Mereka tau, kalau Si Nik Abduh tu yang jadi Ketua, sudah pasti agak sukar bagi mereka merealisasikan impian mereka iaitu untuk menjadi BARUA kepada puak - puak DAPigs dan PKR!!! Hakikatnya, diorang ni sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.