Hahaha!!! Memang lawak sungguh Si Ezam Kotak ni. Nampak sangat nasib dia ni tak ubah seperti Lebai Malang. Ke hulu dan ke hilir, tapi takde siapa yang ambil peduli tentangnya.
Mungkin itu bahananya bila dia kuat sangat menipu. Masa dia masuk UMNO pun dia menipu. Masa dia kembali ke pangkuan Pakatan Haprak tu pun dia menipu. Sekarang, hidup dia pun tak tentu arah.
Hari tu, bukan main hebat lagi dia bercerita dalam laman media dan menyatakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Pekan untuk berhadapan dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.
Malah, Si Ezam Kotak tu dengan lagak sombong mendakwa kononnya dia akan mendedahkan rahsia Datuk Seri Najib sewaktu bertanding kelak. Tapi tiba - tiba dia berubah fikiran pulak.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Shah Alam pula menjadi pilihan Si Ezam kerana ia merupakan kawasan pengundi kawasan bandar dan majoriti besarnya terdiri dari kalangan orang Melayu.
“Shah Alam dipilih kerana ia merupakan kawasan pengundi bandar dan majoriti besar Melayu,” katanya hari ini.
Katanya, Ezam cenderung untuk bertanding di Parlimen Pekan, kawasan yang diwakili Datuk Seri Najib Razak, namun memberikan alasan kononnya kawasan itu telah berlaku pemindahan undi yang terlalu besar.
Ketika PRU-14 berlangsung, Ezam akan bertanding menggunakan lambang bebas. Malah, dia juga sedia berkerjasama dengan semua parti politik dan badan NGO lain melainkan UMNO dan BN.
Kerusi Shah Alam dilaporkan akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara BN, PAN dan PAS. Ia kerana PAS akan bertanding di kerusi berkenaan kerana kerusi milik Khalid Samad itu pada mulanya adalah milik parti tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.