Jumaat, Januari 19, 2018

Exco PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad mengesahkan peruntukan kawasan bagi wakil rakyat parti itu tidak dapat dikeluarkan buat masa ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh pejabat daerah. 

Perkara itu menyebabkan program PAS terpaksa dihentikan sementara ataupun wakil rakyat PAS perlu menggunakan sumber kewangan peribadi untuk melaksanakan program yang direncanakan. 

Malah Iskandar mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa PAS tetap berpegang dengan kenyataan Azmin Ali bahawa Rejim Pakatan Selangor tidak menyekat peruntukan berkenaan. 
"MB kata bukan beku tapi ada masalah teknikal. Saya pegang dengan kata-kata MB itu dan harap perkara dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Sekarang program-program ADUN PAS terpaksa diberhentikan atau perlu menggunakan duit peribadi.
"Tuntutan dari pembekal-pembekal untuk program yang telah dijalankan juga tidak dapat dibayar sehingga peruntukan dilepaskan," katanya dalam mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos. 
Ketika ditanya sama ada masalah itu dihadapi oleh ADUN PAS sahaja, jawab Iskandar: "Saya tak tahu. Saya tak tanya ADUN lain." 
Desas - desus berhubung sekatan peruntukan kepada semua 13 ADUN PAS Selangor dan lima penyelaras DUN oleh Rejim Pakatan Selangor itu sudah mula bertebaran hujung tahun lalu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan meminta Azmin mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat PAS disekat.

Sallehen juga tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor minggu ini jika isu pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping